'Nyawa seperti di hujung tanduk', wartawan Sinar Harian kongsi keadaan Turkiye dilanda gempa bumi lagi 6.4 skala Richter

Iklan
'Nyawa seperti di hujung tanduk', wartawan Sinar Harian kongsi keadaan Turkiye dilanda gempa bumi lagi 6.4 skala Richter

'Nyawa seperti di hujung tanduk', wartawan Sinar Harian kongsi keadaan Turkiye dilanda gempa bumi lagi 6.4 skala Richter

Oleh: NURUL RIDUAN NOR ASHAHA

Iklan
Iklan

PERISTIWA gempa bumi yang berpusat di wilayah Hatay, Turkiye pada jam 8.04 minit malam (waktu tempatan) pada Isnin, bersamaan jam 1.04 minit pagi waktu Malaysia (Selasa) adalah gegaran susulan yang paling kuat dirasai.

Gegaran yang direkodkan adalah berukuran 6.4 skala Richter, perbezaan besar berbanding gegaran pada Jumaat, pada ukuran 4.7 skala Richter.

Iklan

Ini situasi dilalui sendiri oleh wartawan Sinar Harian, Nurul Riduan Nor Ashaha yang berada di sana.

"Ketika kejadian itu, saya baru pulang menghantar bantuan kewangan Tabung #BantuanBencana Sinar Harian x Syria Care di sekitar bandar Reyhanly, di wilayah Hatay yang menjadi pusat gegaran gempa bumi.

Iklan

[caption id="attachment_106047" width="800"] Kredit foto: AFP[/caption]

"Wilayah Hatay yang menempatkan bandar Antakya dan Kirikhan adalah antara lokasi paling teruk terjejas sehingga mengorbankan puluhan ribu nyawa dalam kejadian gempa bumi pada 6 Februari lalu.

"Sewaktu baru selesai urusan di bilik air berhampiran pintu utama (mencuci muka dan menggosok gigi), secara tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Sesuatu yang jarang berlaku di Turkiye tanpa sebab-sebab tertentu.

"Dalam tempoh itu juga, saya teringatkan kisah-kisah mangsa gempa bumi di negara ini, di mana rata-rata memberi tahu bahawa perkara pertama yang berlaku adalah bekalan elektrik terputus sebelum terjadinya gegaran.

"Ketika sedang berdiri, dalam suasana yang gelap gelita, selang lima saat selepas bekalan elektrik terputus, rumah penginapan saya di bandar itu iaitu di tingkat tiga bangunan setinggi lima tingkat bergoncang dengan kuat.

Baca juga Sedihnya, lelaki hilang isteri, lima anak terkorban Gempa bumi Turkiye

[caption id="attachment_107161" width="800"] Unggun api dihidupkan bagi mengurangkan rasa sejuk kami di Reyhanli.[/caption]

"Sehinggakan ketika itu, saya terpaksa memegang dinding untuk menyelamatkan diri. Itu pun masih tidak berjaya untuk berjalan dalam keadaan yang baik di tambah dengan suasana gelap gelita.

"Jika sebelum ini gegaran umpama dibuai tetapi kali ini bumi Reyhanli digoncang kuat.

"Sekali lagi saya teringatkan cerita mangsa-mangsa gempa bumi yang terselamat, ketika mereka cuba menyelamatkan diri dalam keadaaan yang gelap, dinding, lantai serta siling batu runtuh.

"Ketika itu saya merasakan adakah ini pengakhiran diri saya, adakah dia dapat menjejakkan kaki semula ke Malaysia dan adakah saya masih dapat bertemu isteri dan anak yang ditinggalkan atas tuntutan kemanusiaan di negara ini.

"Apa yang saya dapat gambarkan ketika itu adalah nyawa seperti di hujung tanduk.

"11 orang di dalam kediaman ini, iaitu empat wakil dari pasukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Syria Care dan enam dari pasukan Task Emergency Medical Service (TEMS), keadaannya sama seperti apa yang saya alami.

"Mujur kejadian pada Jumaat lalu memberi pengajaran berguna buat kami di mana pada setiap malam kami akan menyiapkan satu beg mengandungi baju sejuk tambahan, baju pemanas, seluar, stokin, air, powerbank, passport dan wang.

"Jadi kami hanya mencapai beg berkenaan dan terus keluar dalam keadaan yang tidak stabil. Alhamdulillah kesemua kami berjaya menyelamatkan diri dan berkumpul di kawasan lapang.

"Ketika di bawah, kebanyakan penduduk terutamanya wanita dan kanak-kanak menangis ketakutan. Malah ada yang tidak sempat untuk membawa sebarang kelengkapan diri.

"Keadaan di jalanan pula sedikit kelam kabut dan kedengaran bunyi siren ambulans dan polis yang dipercayai menuju ke lokasi runtuhan di sini.

Baca juga [6 Foto]: Bagaikan permaidani ungu, padang pasir tandus Arab Saudi ditumbuhi lavender jarang berlaku

"Dalam tempoh sejam di kawasan lapang, kami terpaksa menghidupkan unggun api untuk memanaskan diri. Bahan bakar pula diambil dan dicari termasuklah menggeledah tong sampah, oleh pasukan TEMS yang mahir dalam mendepani situasi bencana seperti ini.

"Mujur sejam selepas itu, kami dibenarkan untuk berlindung di dalam dewan yang dijadikan sebagai pusat perlindungan buat semua penduduk di sini.

Baca juga Gempa bumi Turkiye, Syria 7.8 magnitud setara kekuatan 32 bom atom, doktor Malaysia kongsi pengalaman

"Berapa lama di sini? Tidak dapat dipastikan lagi kerana ketika gempa bumi 6 Februari lalu, penduduk di sini memaklumkan bahawa mereka berlindung hampir dua minggu.

"Pun begitu, dalam berdepan situasi mencemaskan seperti ini, bantuan rakyat Malaysia untuk mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria akan tetap dilaksanakan," ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.