[6 FOTO] Buat kali pertama, London dihiasi 30,000 lampu Ramadan buat umat Islam

Iklan
[6 FOTO] Buat kali pertama, London dihiasi 30,000 lampu Ramadan buat umat Islam

[6 FOTO] Buat kali pertama, London dihiasi 30,000 lampu Ramadan buat umat Islam

BUAT pertama kali, West End di London diterangi 30,000 lampu sebagai menandakan ketibaan bulan suci Ramadan.

Iklan
Iklan

Menurut laporan BBC, cahaya 'Happy Ramadan' itu menerangi Jalan Coventry yang menghubungkan Dataran Leicester dengan Piccadilly.

Lampu itu dinyalakan Datuk Bandar London, Sadiq Khan iaitu antara 1.3 juta umat Islam di London yang menyambut Ramadan.

Iklan

[caption id="attachment_109938" width="800"] Kredit foto: BBC[/caption]

Acara itu dianjurkan Ayshea Desai, yang diilhamkan daripada lampu Krismas yang digemarinya.

Iklan

"Saya mempunyai impian untuk melakukannya seperti lampu Krismas. Saya masih ingat melihat lampu Krismas bersama kakak ketika membesar dan pernah berpeluang tinggal di Timur Tengah.

"Saya mahu membawa kegembiraan dan keajaiban itu ke London, bandar kelahiran saya," katanya yang memulakan projek itu tiga tahun lalu.

Baca juga Lembu di London dengar konsert muzik untuk hasilkan susu lebih sedap dan manis

[caption id="attachment_109939" width="800"] Kredit foto: BBC[/caption]

Katanya, beliau sangat terharu dengan sambutan pada bulan penting bagi umat Islam itu.

"Saya ingin meningkatkan kesedaran itu juga untuk memberitahu penduduk lain bahawa bulan ini sangat penting bagi kami.

"Ia adalah bulan kegemaran saya dalam setahun dan saya bersyukur kerana berada di sini," katanya.

[caption id="attachment_109940" width="800"] Kredit foto: BBC[/caption]

Di lokasi lain di London, iftar (buka puasa) terbuka akan diadakan di Muzium Victoria dan Albert di selatan Kensington untuk orang Islam dan bukan Islam.

[caption id="attachment_109941" width="800"] Kredit foto: BBC[/caption]

Baca juga Wah tahniah! Dr Amalina terima Jemputan Prince Charles Ke Istana Buckhingham buat ramai bangga

[caption id="attachment_109943" width="800"] Kredit foto: BBC[/caption]

Selain itu, kelab bola sepak Chelsea juga akan mengadakan iftar terbuka di tepi padang di Stamford Bridge, yang akan menjadi pertama buat kelab dan stadium Liga Perdana itu.

Stadium Wembley akan turut melakukan perkara sama pada akhir bulan ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.