'Nak Ecah lalui momen sebagai kanak-kanak lain.' Zain Saidin tak galakkan Aaisyah bekerja, tidak mahu membesar terlalu cepat

Iklan
Che Ta

MAHLIGAI cinta yang dibina di antara Rozita Che Wan atau Che Ta dan Zain Saidin sentiasa dihiasi bunga-bunga cinta.

Menelusuri ceritera hidup pasangan sama cantik sama padan ini, pasti ramai yang jatuh kagum dengan mereka.

Iklan
Iklan

Biarpun jarak usia mereka mencecah 11 tahun, namun ia sedikit pun tidak menggoyahkan kebahagiaan yang dibina.

Iklan

Baca ni 'Mesti ada sebab ALLAH susun sebegini'. Datin Lisa Surihani lerai pertanyaan tentang kehilangannya dalam dunia lakonan

Sementelah, kehadiran puteri tunggal yang cukup comel, Aaisyah Dhia Rana, 9, menambahkan lagi kemanisan dalam bahtera yang sedang dilayari.

Iklan

Sekadar mengimbau kembali, Che Ta sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 27, dan Aniq Ezzra, 25.

Namun, bukan bingkisan cinta pasangan sejoli itu yang ingin kongsikan. Sebaliknya, kami gandingkan Zain bersama Aaisyah sebagai penghias muka hadapan SinarPlus bersempena sambutan Hari Bapa yang jatuh pada hari ini.

Ketika ditanya tafsiran hari istimewa tersebut, Zain berkata, ia cukup istimewa apabila seorang ayah dihargai oleh anak-anak.

"Sejujurnya, saya bukanlah jenis yang suka menyambut setiap kali tibanya Hari Bapa. Malah, ketika kecil, kami sekeluarga hanya makan bersama-sama tanpa sebarang keraian.

"Lagipun berbanding perempuan, anak lelaki lebih santai dan tak terlalu beria. Bila dah remaja, masing-masing buat hal sendiri," kata anak bongsu daripada tiga beradik itu ketika ditemui di sebuah kafe di Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.

Baca ni 'Saya harap hubungan baik ini berterusan sehingga ke akhir hayat'. Memey mahu silaturahim dengan Abby terus mekar

Kepada penulis, Zain tidak segan mengakui dirinya lebih rapat dengan ibu berbanding ayah disebabkan sebuah penceraian.

"Ketika mak ayah berpisah, saya sudah berusia 20-an. Ayah berpindah ke Melaka, manakala saya di Kuala Lumpur. Hanya sesekali ada peluang berjumpa," katanya.

Jaga anak popular

Kami teruskan bicara mengenai fasanya sebagai bapa kepada si cantik, Aaisyah pula.

Kata Zain, pemberian kad ucapan Hari Bapa yang dibuat sendiri oleh puteri tersayang sudah cukup bermakna buat beliau.

"Saya bukan ayah yang suka meminta-minta atau ingin diraikan. Apabila Ecah (panggilan manja Aaisyah) menghadiahkan kad yang turut disertakan tandatangan dua abangnya membuatkan saya terharu.

"Apatah lagi, Ecah sanggup bangun awal pagi untuk memberi ucapan Hari Bapa. Sebagai ayah, saya rasa itu antara perkara yang cukup sweet dibuat anak perempuan kami. Tidak perlu hadiah mahal-mahal, memadai ingatan tulus sudah membuatkan hati ini terharu," ungkap Zain tulus.

Baca lagi 'Saya mahu jalan terus'. Digelar cepat koyak & sentap, Sissy Iman langsung tak kisah

Seantero Malaysia sedia maklum, Aaisyah antara susuk kanak-kanak yang paling popular di Malaysia. Bak kata warganet, sudah terkenal sejak di dalam kandungan Che Ta lagi!

Jadi, adakah ia satu cabaran besar untuk Zain? Dengan tenang, luahnya, populariti sebenarnya hadir seiring dengan tanggungjawab dan kuasa.

"Sebagai ayah, saya sedar, Ecah masih kecil dan belum mengerti apa yang beliau kecapi kini. Beliau tidak tahu setiap yang dilakukan akan jadi ikutan terutama rakan-rakan seusianya," ujarnya.

Justeru, selaku ayah, Zain mengambil pendekatan dengan menerangkan kepada anaknya bahawa setiap perilaku dan gerak-geri yang dilakukan pasti akan menjadi perhatian masyarakat.

"Apabila berada dalam lingkungan yang dikenali ramai, ke mana sahaja kita pergi pasti ada sahaja mata yang memandang. Memang kami tidak mampu mengawal terutama dari segi pergaulannya.

"Cuma, dalam bab keselamatan, kami sangat ambil berat. Setiap masa, kami kena ingatkannya supaya jangan sambil lewa dan berhati-hati serta memantau kesihatannya," kongsi personaliti itu lagi.

Baca ni Kak Ell ambil pusing 'teguran' anak demi jadi ibu terbaik. Usahawan terkenal ini juga berkongsi cerita jatuh bangun bisnesnya

‘Pagar berduri‘

Limpahan glamor Aaisyah memang dirasai. Sana sini orang menzahirkan betapa untungnya si kecil itu apabila dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh Zain dan Che Ta. Bukan itu sahaja, rezeki pun datang bergolek.

Pernah diberitakan, Aaisyah pernah menerima bayaran lumayan atas komitmennya sebagai pelakon.

Tatkala hal itu diungkapkan, Zain terus berkata:"Jika tanya saya sebagai bapa, saya memang tak galakkan dia bekerja. Saya juga tak mahu beliau membesar terlalu cepat.

"Saya simpati dan kasihan andai Ecah tidak berpeluang merasai fasa atau momen sebagai kanak-kanak lain. Garis masa itu bukan boleh diulang kembali," ujarnya.

Mengakui status sebagai anak selebriti barangkali tidak bertahan selama-lamanya, daripada hati yang terdalam, Zain sangat berharap Aaisyah tidak bermegah, apalagi mudah lupa diri.

"Saya juga harap beliau buat apa disukai terutama dalam kerjaya nanti. Mana tahu suatu hari nanti beliau ingin bergelar penyanyi, penari, arkitek atau lain-lain. Sebagai ayah, saya tanpa jemu akan menitipkan doa dan sentiasa menyokong," katanya dengan penuh perasaan.

Baca lagi Berdiri di atas kaki sendiri, Mas Zharif Aziz Desa tak tumpang populariti arwah bapa. Anugerah bukti kemampuan diri

Terlebih manjakan anak? Berpegang kepada pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, tegas Zain, tidak timbul soal itu.

"Ya, saya memang cukup manjakan Ecah, tetapi saya tetap akan tegur dan marah andai beliau buat salah. Setakat ini Ecah faham, namun biasalah, kanak-kanak ini makin berusia makin berakal," ujarnya.

Dalam pada itu, Zain turut memberitahu, kepompong kepopularan keluarganya sesekali tidak membataskan beliau membawa Aaisyah keluar.

"Saya bebas membawa Ecah berjalan-jalan. Sekurang-kurangnya sebagai bapa, saya boleh hulurkan memori indah buat Ecah merasai zaman kanak-kanak seperti orang lain.

"Saya juga bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya lebih low profile dan sudah terkeluar dari silauan cahaya glamor, sedangkan Che Ta masih lagi selebriti kelas A," selorohnya.

Ketika berbual dengan adik kepada penyanyi Sasha itu, fikiran penulis sudah menerawang memikirkan Aaisyah sebagai seorang gadis kelak.

Kepada Zain, sempat penulis bergurau kemungkinan bakal kekasih Aaisyah akan menempuh laluan sukar kerana perlu melalui ‘pagar berduri‘ yang bukan mudah untuk ‘dicerobohi‘.

"Itu sudah pasti. Bukan hanya saya yang akan pastikan pilihan Ecah adalah terbaik dan sesuai dengan dirinya, bahkan Che Ta sendiri tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan anak perempuan kami begitu sahaja," kata Zain sambil tertawa riang.

Anak tiri BFF

Cukup berkongsi kisah ‘malaikat kecil comelnya‘ yang kerap menjadi soroton itu, perbualan kami beralih pula kepada hubungan bersama dua anak tiri beliau, Ammar dan Aniq.

Kata Zain, sejak awal lagi, beliau melayan mereka lebih daripada seorang kawan. Namun, beliau tetap meletakkan had dalam bergurau senda agar rasa hormat akan statusnya sebagai ayah tiri sentiasa terpelihara.

"Saya cuba ‘masuk‘ ke dalam dunia mereka. Soal pelajaran dan sebagainya, saya tidak sentuh atau ambil kisah sangat memandangkan mereka sudah ada ibu bapa sendiri yang cukup mengambil berat dan sentiasa mendisiplinkan mereka.

"Begitupun, Aniq dan Amar tetap bebas untuk berkongsi masalah dengan saya bila-bila masa sahaja yang mereka perlukan," ujar pelakon drama Kiah Pekasam itu lagi yang mengaku kasih bersama dua anak lelakinya mudah bertaut disebabkan sikap beliau yang mudah bergaul.

Baca lagi As'ad Motawh kongsi cerita jatuh bangun kerjaya. Hasil usaha dan kerja keras, kehidupannya berubah

Sudah lama rasanya wajah Zain tidak kelihatan di layar perak. Apa yang dilakukan beliau sekarang?

Ujar personaliti itu, meskipun sudah tidak lagi aktif berlakon, dirinya tidak gusar kerana bisnes yang diusahakan semakin menunjukkan hasil.

"Kalau orang tanya tak rindukah nak kembali berlakon? Jawapan saya mudah sahaja, keinginan ada, namun permintaan untuk wajah kacukan seperti saya tidak banyak.

"Apa pun, alhamdulillah, saya bersyukur sekarang kerana bisnes yang digerakkan Che Ta kini diuruskan saya sepenuhnya. Sejak dahulu lagi saya memang minat dalam bab berbisnes," jelasnya.

Untuk rekod, Zain sebelum ini, pernah menceburi perniagaan kasut, tetapi sayangnya, kurang menjadi.

"Daripada bisnes buat kasut, banyak yang saya pelajari. Saya rasa waktu itu terlalu tergesa-gesa dan tidak begitu memahami konsep serta terlampau ‘laju‘ masuk ke dalam butik tanpa secebis pengalaman.

"Kini saya cuba stabilkan perniagaan yang dipelopori Che Ta. Insya-ALLAH ada peluang saya akan cuba bisnes sendiri. Mungkin yang berkaitan dengan kebersihan seperti sabun, wangian, pencuci muka dan sebagainya," tuturnya.

 

Memasuki usia 39 tahun pada tahun ini, tiada apa lagi diharapkan Zain kecuali diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berpanjangan.

"Sebagai lelaki kita kena banyak bersabar kerana sudah lumrah sifat wanita dalam rumah tangga yang jenis cerewet. Saya juga memahami, dalam perkahwinan kena ada konsep memberi dan menerima. Janji saya rasa selesa dan Che Ta faham apa kehendak saya dan keinginan beliau turut dipenuhi.

"Sementelah, zaman sekarang, wanita lebih dominan kerana banyak kes membabitkan orang ketiga. Sebab itu kita lihat wanita sekarang lebih tegas, melindungi dan sebagainya," ujar Zain yang mengakui sifat bertolak ansur antara suami isteri juga penting.

Baca lagi 'Waktu kecil muka mak, bila besar muka ayah.' Mat Dan kongsi wajah anak-anak. Comelnya muka mat saleh sangat!

Jarang memuat naik gambar mahupun video bersama Che Ta, kata Zain itu bukan bermakna beliau tidak sayang.

"Antara kami, Che Ta yang rajin berbuat demikian. Orang lelaki seperti saya jenis yang lebih relaks dan memuat naik hantaran dalam media sosial biasanya bersebab.

"Mudah kata, ia lebih kepada tujuan pemasaran bisnes. Che Ta sendiri muat naikkan demi kerjaya dan kekalkan populariti," ungkap Zain menutup perbualan bersama penulis.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.