HANYA dek kerana kutu, seorang wanita Jepun meninggal dunia.
Ya, itulah yang terjadi. Wanita itu dilaporkan maut akibat miokarditis selepas dijangkiti virus Oz, menjadikan kematiannya sebagai kes maut pertama virus itu di dunia, kata pihak berkuasa kesihatan negara itu.
Menurut laporan Xinhua, berikut info berkaitan;
1. Menurut laporan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan dan Institut Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NIID), Jumaat lalu, Wanita berusia 70-an itu yang tinggal di Ibaraki Prefecture, timur laut Tokyo, tidak mempunyai sejarah melancong ke luar negara, tetapi mempunyai penyakit asas termasuk hipertensi.
2. Dia melawat institusi perubatan musim panas tahun lalu dengan gejala termasuk demam, keletihan dan sakit sendi sekali gus didiagnosis dengan radang paru-paru.
3. Selepas keadaannya bertambah teruk, dia dimasukkan ke hospital dan kutu keras didapati menghisap darah di pangkal paha kanannya, kata mereka.
4. Dia meninggal dunia akibat miokarditis, keradangan jantung, 26 hari selepas dia dimasukkan ke hospital.
Baca juga Sanggup tinggalkan bayi 16 bulan seorang diri lebih 10 hari, ini kejadian yang tak disangka-sangka
[caption id="attachment_118104" width="800"] Kredit foto: wikimedia[/caption]
5. Virus itu, pertama kali dikesan pada 2018 dalam kutu Amblyomma testudinarium yang ditemui di wilayah barat Ehime, tidak semestinya membawa maut, tetapi lebih banyak kajian perlu dijalankan mengenai gejala dan bahayanya, menurut NIID.
6. Virus Oz dianggap berjangkit melalui gigitan kutu, kata institut itu, dengan spesies itu wujud di seluruh kawasan yang luas di Jepun.
7. Bagaimanapun, virus itu setakat ini tidak ditemui di luar Jepun, menurut kementerian kesihatan.
8. Ia menasihatkan orang ramai untuk mengelak daripada mendedahkan kulit mereka apabila berada di kawasan yang mereka mungkin terkena kutu keras, segera berjumpa doktor dan bukannya cuba membuangnya sendiri setelah digigit kutu tersebut.
Semoga virus Oz ni tidak sampai ke negara kita. Hati-hati jika terkena kutu ya!
Sumber: Sinardaily, Kompas
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!