7 rangka bayi bongkar sumbang mahram bapa & anak, dikuburkan hidup-hidup lepas lahir, disyaki berkaitan amalan kedukunan

Iklan
7 rangka bayi bongkar sumbang mahram bapa & anak, dikubur hidup-hidup, disyaki demi amalan kedukunan (2)

BUKAN satu atau dua, tetapi tujuh rangka bayi ditemui terkubur di Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia.

Seorang bapa bertanggungjawab menjadi ketua yang memimpin keluarga dan contoh kepada isteri dan anak-anak.

Iklan
Iklan

Namun, dalam kes yang sedang hangat diperkatakan ini, seorang lelaki berusia 57 tahun  tergamak memusnahkan masa depan anak sendiri selepas mendakwa diarahkan oleh seorang guru kerohanian berkaitan amalan kedukunan.

Menurut laporan Kompas, suspek bernama Rudi yang pernah beristeri tiga didakwa telah jenayah rogol terhadap anak kandungnya sendiri.

Iklan

Wanita berkenaan yang merupakan anak sulung Rudi bersama isteri ketiganya sehingga melahirkan lapan anak.

Baca juga: Hadapi 32 pertuduhan, bapa tiri remaja perempuan berdepan hukuman penjara 830 tahun jika bersalah, 10 info berkaitan

Iklan

[caption id="attachment_118222" width="800"] Kredit foto: Kompas[/caption]

Segala aktiviti jenayah lelaki itu terbongkar pada 15 Jun 2023 selepas seorang penduduk menemui rangka bayi ketika meratakan tanah di sebuah kebun.

Hal tersebut segera dilaporkan kepada pihak berkuasa. Polis yang melakukan siasatan telah menahan Rudi.

Pada peringkat awal, hanya empat rangka ditemui. Namun hasil sosal siasat lanjut, Rudi mendedahkan telah menguburkan tujuh bayi.

Mendengar pengakuan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Polis Banyumas meneruskan usaha mencari tiga lagi rangka bayi menggunakan anjing pengesan.

Baca juga: Jurufoto bukukan kisah keluarga Whitaker yang menyeramkan, semua anak cacat mental, fizikal disebabkan...

[caption id="attachment_118227" width="800"] Kredit foto: Detik[/caption]

PERBUATAN KEJI SEJAK 2013

Bukan sahaja mengejutkan orang ramai dengan jumlah rangka yang ditanam, pengakuan Rudi tentang perbuatan keji pemerkosaan ke atas anak perempuannya juga sungguh menyayat hati.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Komisioner Polis Banyumas, Agus Supriadi mendedahkan mangsa dinoda di sebuah pondok berhampiran rumah mereka sejak berusia 13 tahun.

Si isteri didakwa mengetahui perbuatan terkutuk berkenaan tetapi diugut akan bunuh sekiranya melaporkan kepada polis.

Lebih memilukan, Ketua Perhubungan Masyarakat Polda Jawa Tengah, Kombes M Iqbal Alqudusy berkata, berdasarkan laporan terkini Polis Banyumas, bayi yang dilahirkan mangsa dikebumikan ‘hidup-hidup!’

SEORANG HIDUP, TUJUH DIKUBURKAN

[caption id="attachment_118224" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]

Difahamkan anak pertama yang dilahirkan pada 2009 telah diberikan kepada orang lain.

Sejak itu, mangsa berulang kali hamil dan bersalin. Tujuh bayi lain yang terdiri dua perempuan dan lima lelaki ditanam selepas dilahirkan.

Berikut adalah butiran lanjut:

1-Pada tahun 2013 mangsa hamil dan melahirkan seorang bayi lelaki pada usia kandungan sembilan bulan.

2-Pada tahun 2015 seorang bayi lelaki dilahirkan pada usia sembilan bulan.

3-Pada tahun 2016 seorang bayi perempuan dengan usia kandungan lapan bulan.

4-Pada tahun 2018 seorang bayi lelaki dilahirkan dengan usia kandungan sembilan bulan.

5-Pada tahun 2019 seorang bayi lelaki dilahirkan dengan usia kandungan sembilan bulan.

6-Pada tahun 2020 seorang bayi perempuan dilahirkan dengan usia kandungan tujuh bulan.

7-Pada tahun 2021 seorang bayi lelaki dilahirkan dengan usia kandungan sembilan bulan.

Suspek mengaku telah menggali lubang menggunakan cangkul dan kemudian menguburkan bayi-bayi berkenaan ke dalam tanah.

Baca juga: 4 tahun diperkosa bapa durjana! Gadis, wanita ketahui punca elak kejadian

PERNAH BERISTERI TIGA

[caption id="attachment_118225" width="800"] Kredit foto: Detik[/caption]

Kompas melaporkan informasi awal yang diterima, tindakan keji lelaki itu mungkin berkaitan praktik perdukunan.

Jelas Iqbal, setakat ini siasatan yang dijalankan tidak menjukkan sebarang petanda suspek melakukan pembunuhan untuk ritual tertentu.

Rudi difahamkam pernah berkahwin dengan wanita yang mana perkahwinan pertama dilangsungkan secara sah manakala isteri yang kedua dan ketiga lain dinikahi secara rahsia (nikah siri).

Bagaimananapun, menurut Agus Supriadi dari Unit Siasatan Jenayah Pesuruhjaya Polis Banyumas, suspek telah menceraikan isteri pertama dan keduanya.

Tragisnya, bagaimanakah nasib mangsa? Semoga kes seumpama ini menjadi pengajaran dan tidak berlaku dalam masyarakat kita.

Baca juga: Anak terdedah kepada masalah mental jika masih tidur satu bilik dengan mak ayah. Ini kata pakar

[caption id="attachment_118226" width="800"] Kredit foto: Kompas[/caption]

FAKTA BERKAITAN SUMBANG MAHRAM 

1-Sumbang mahram atau inses ialah perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah atau nasab (keturunan) dengan mangsa.

2-Dari perspektif Islam, golongan tidak bertanggungjawab yang melakukan inses ini dilaknati ALLAH dan tidak diberkati di dunia dan akhirat.

3-Sebilangan besar mangsa sumbang mahram menderita kesan negatif serius sehingga memerlukan terapi apabila meningkat dewasa. Antaranya ialah:

  • Hilang kepercayaan kepada orang lain
  • Takut hubungan intim
  • Murung
  • Rasa ingin bunuh diri
  • Tingkah laku yang merosakkan diri sendiri
  • Keyakinan diri rendah, rasa bersalah dan marah
  • Rasa terasing daripada masyarakat / keluarga
  • Penyalahgunaan dadah
  • Masalah pemakanan
  • Masalah personaliti dan sebagainya

4-Pengalaman yang buruk atau traumatic yang tanpa rawatan sewajarnya boleh menyebabkan Post Stress Traumatic Disorder (PSTD) dan menjejaskan kesihatan mental survivor.

5-Ramai mangsa sumbang mahram tidak melaporkan perbuatan terkutuk ahli keluarga atau tidak memberitahu ibu kerana khuatir ayah/ saudara mereka mendapat kesusahan seperti dipenjarakan.

6-Menurut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Bahagian IV - Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesusilaan Seksyen 20, perbuatan sumbang mahram.

Kepada anda yang mengetahui tentang sumbang mahram, jangan berdiam diri. Laporkan kepada pihak berkuasa demi menyelamatkan mangsa yang dianiaya.

Sumber: Kompas 1 2 3 , Detik 1 2 3 4, e-syariah.gov.my, JAIS

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!