SELEBRITI terkenal Jennifer Lopez atau J Lo bukan sahaja memiliki bentuk badan menawan dan seksi, bahkan dalam usia yang memasuki 50-an, beliau tetap maintain cantik dan awet muda.
Justeru, tidak hairanlah setiap kali tampil dalam kalangan khalayak ramai mahupun memuat naik gambar menerusi laman media sosial, wajahnya yang cantik menawan itu pasti meraih perhatian.
Sebagai figura seni yang sentiasa sibuk dengan pelbagai undangan dan membuat persembahan, beliau tetap mencuri masa untuk berehat.
Malah, isteri kesayangan Ben Affleck itu juga akan memastikan dirinya mendapat tidur yang mencukupi, selain melakukan rawatan bagi mengekalkan penampilan sedia ada.
"Saya selalu memastikan cukup tidur, sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Selain itu, saya amalkan pengambilan air mencukupi kerana itu membuatkan tubuh terasa lebih baik," tambahnya.
Malah, penyanyi dan pelakon tersohor berkenaan turut mengamalkan pengambilan makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran bagi membantu menjadikan tubuhnya lebih sihat terutama menyentuh soal kulit.
ELAK KAFIEN
Pada masa sama, beliau turut menepis tanggapan serong kononnya semua selebriti Hollywood menggemari minuman alkohol.
Mungkin ramai tidak tahu bahawa J Lo tidak suka merokok dan mengelak pengambilan kafein.
Biarpun gemar menikmati kopi di pagi hari, namun beliau yang kini memasuki usia 54 tahun akan memastikan pengambilan minuman tersebut tanpa kafein. Kira organiklah.
Rahsia lain empunya diri tampil cantik menawan adalah kerana mempunyai gen yang baik.
Beritahu penyanyi Jenny On The Block itu, hampir semua ahli keluarganya mempunyai kulit yang baik walaupun masing-masing sudah berusia.
"Saya bernasib baik kerana mewarisi kulit yang cantik daripada Ibu dan nenek," ujar beliau selain mendedahkan minyak zaitun juga antara kunci kejelitaannya.
Menurut J Lo lagi, petua tersebut dikongsikan oleh ibunya sendiri yang mana minyak zaitun digunakan untuk penjagaan rambut, kulit, kuku dan dalaman wanita.
JIWA TENANG DAN BAHAGIA
Selain itu, figura berkenaan juga gemar melakukan meditasi seperti yoga bagi memastikan tubuh badan sentiasa dalam keadaan tenang.
Dengan cara tersebut juga katanya, dapat membuatkan jiwanya damai dan bahagia.
Seperkara, biarpun jadualnya sentiasa sibuk, namun itu tidak membataskan J Lo untuk melakukan rutin pembersihan kulit selepas bersenam.
Berpeluh dan berminyak juga dapat mengembalikan kesegaran wajah, ujarnya.
Pada masa sama, beliau juga sangat menitikberatkan pengambilan krim pelindung cahaya matahari setiap kali keluar dari rumah.
Tip lain yang dikongsikan tuan punya badan adalah memilih produk yang mengandungi asid glikolik.
Asid glikolik ialah asid alfa hidroksi (AHA) yang meningkatkan pengeluaran kolagen.
Penggunaan produk tersebut dapat membantu merawat jerawat, memudarkan bintik-bintik gelap dan garis-garis halus.
Memandangkan pemilik nama sebenar Jennifer Lynn Lopez itu sering memakai solekan berjam-jam lamanya, justeru beliau perlu memilih produk penjagaan kulit wajah yang sesuai dengannya.
Cara sebegitu dapat memastikan kulitnya sentiasa bersinar dan membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.
Sumber gambar: Instagram jlo
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang