Diceraikan suami akibat tidak disukai mertua, wanita baru 4 bulan bersalin meluah rasa sedih...

Iklan
ARZALIF- 2

Diceraikan suami akibat tidak disukai mertua, wanita baru 4 bulan bersalin meluah rasa sedih...

TULAR satu video di media sosial berkenaan seorang wanita muda meluahkan rasa dan persoalan kepada Ustaz Hanan Attaki tentang masalah rumah tangga yang dilaluinya.

Iklan
Iklan

Sekadar makluman, Ustaz Hanan atau nama sebenarnya Tengku Hanan Attaki merupakan seorang pendakwah Indonesia.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Azaria Sherin Nur Syafa, rumah tangganya bermasalah sehingga ditalak oleh suami.

Iklan

Lebih memilukan, beliau ketika itu baru empat bulan melahirkan bayi sulung mereka.

Iklan

Dalam perkongsian awal, Azaria Sherin menceritakan pertemuan bersama suami sehingga membawa kepada ikatan pernikahan.

Pertemuan pertama berlangsung pada 2015 dan yang kedua tahun 2021.

Selepas itu, beliau dirisik dan mereka disatukan sebagai suami isteri yang sah pada tahun 2022.

Baca ni 15 info tuntutan mutaah & harta sepencarian wanita bercerai berhak dapat daripada bekas suami

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Pun begitu, kata Azaria Sherin, dek kerana hubungan tersebut tidak direstui mertua yang juga ibu kepada suaminya, menyebabkan rumah tangga mereka berantakan.

Demi menjaga keharmonian keluarga, beliau tidak kisah dan reda apabila suaminya memberikan wang belanja kepada keluarganya berbanding beliau dan anak mereka.

PENGORBANAN SIA-SIA

Namun, pengorbanan wanita berkenaan sia-sia.

Rumah tangga mereka tidak bertahan lama apabila si suami menjatuhkan talak ke atasnya pada 16 Jun lalu.

Baca lagi Betul ke menantu jadi kalut bila masak depan mertua?

Justeru, Azaria Sherin yang hadir dalam forum ilmu bersama Ustaz Hanan ingin mengetahui sama ada dirinya dianggap berdosa andai melawan mertua yang sengaja mencampuri urusan rumah tangga beliau.

"Apakah saya berdosa ustaz melawan mertua yang mencampuri rumah tangga saya? Apakah menceraikan isteri demi ibunya itu akan mendapat syurga Firdaus?," tanya Azaria Sherin dengan nada sebak.

Perkongsian wanita dari Tangeran, Indonesia itu sememangnya penuh emosi.

Beliau beberapa kali terhenti kerana menangis dan situasi itu membuatkan ramai sebak. Bahkan, ada yang turut sama menitiskan air mata.

Baca lagi Bukan semua mertua jahat seperti dalam filem. Masih ramai yang baik dan berhati mulia

Menerusi jawapan balas untuk persoalan yang diajukan itu, Ustaz Hanan berkata, antara salah satu musibah besar manusia adalah ujian perpisahan dalam sesebuah rumah tangga.

"Ujian berpisah dalam rumah tangga itu musibah besar dan itu termasuk peristiwa yang disukai oleh iblis.

"Iblis akan sangat bangga ketika tentera kecil utusannya berhasil memisahkan seorang suami dengan isterinya. Ia dinyatakan dalam al-Quran. Salah satu di antara musibah paling besar adalah perceraian,” kata Ustaz Hanan.

PERHATIAN ALLAH

Malah, ibu muda tersebut turut bertanyakan apakah suaminya dikira berdosa kerana meninggalkan isteri dan anak yang masih kecil serta memerlukan kasih sayang seorang ayah?

Menurut Ustaz Hanan, tidak perlu bimbang jika si anak tidak mendapat kasih sayang seorang ayah kerana perhatian ALLAH itu lebih baik daripada segalanya.

Baca lagi Wardina Safiyyah syukur terima menantu, anak sulung Amna Nafeesa kini bergelar isteri

Baca lagi Tanggungjawab menantu terhadap mentua, ini yang wanita perlu tahu

"Mungkin ketika ini anda berasakan kurangnya perhatian daripada ayahnya, maka daripada siapa perhatian yang akan menggantikan perhatian ayah dan suami? Perhatian ALLAH. Perhatian ALLAH itu lebih baik daripada perhatian suami, walaupun ini bukan tentang pilihan.

"Apabila kita kehilangan sesuatu, kita bukan kehilangan segalanya. Orang beriman boleh kehilangan, tetapi beliau tidak hilang segalanya kerana ada ALLAH di sisinya. Ketika kita kehilangan sesuatu ALLAH menggantikan sesuatu, DIA lebih baik daripada sesuatu yang telah pergi itu,” jelasnya panjang lebar.

Sebak menonton perkongsian tersebut. Semoga Azaria Sherin terus kuat semangat dan tabah menghadapi ujian rumah tangga dan dapat membesarkan anaknya dengan baik.

Sumber: TikTok ratcunmaudy

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang