Populasi semakin merosot, Hong Kong bayar ganjaran lebih RM12,000 galak pengantin baharu dapat anak cepat

Iklan
populasi

POPULASI dunia direkodkan semakin hari semakin meningkat.

Merujuk statistik yang dikongsikan Worldometers, setakat ini dilaporkan seramai 8.1 bilion penduduk di seluruh global.

Iklan
Iklan

Tak dinafikan ia jumlah yang besar dan tidak mustahil, angka berkenaan semakin meningkat saban hari.

Pun demikian, tak semua negara berdepan kadar penduduk yang normal.

Iklan

Terdapat beberapa negara yang terpaksa mengambil inisiatif drastik untuk meningkatkan bilangan rakyat disebabkan kadar kelahiran yang terlalu rendah.

Iklan

Boleh dikatakan kerajaan terpaksa umpan dengan pelbagai ganjaran dan insentif berbentuk wang ringgit kepada pasangan pengantin baharu.

Lapor news.com, Hong Kong antara negara yang berdepan krisis sama apabila dicatatkan hanya 0.9 kelahiran saja bagi setiap wanita jika dibandingkan 2.1 peratus yang diharapkan.

Meskipun memiliki kepadatan penduduk lebih 7 juta orang, namun bandaraya keempat terbesar di China itu sedang bergelut dengan populasi semakin tua.

Memetik kenyataan Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee Ka-chiu berkata, pihaknya mengumumkan inisiatif lebih RM12,000 sebagai ransangan kelahiran.

 

Pemberian wang subsidi lumayan tersebut akan diberikan kepada mereka yang menimang cahaya mata bermula sekarang hingga tahun 2026 nanti.

Bagi menggalakkan lagi penyertaan, penduduk juga diberikan pelepasan cukai tahunan untuk setiap anak dan potongan tambahan untuk bayi baru lahir.

NEGARA TUA

Rasanya bukan Hong Kong saja yang berdepan isu negara tua tetapi di beberapa benua di Asia Timur.

Antaranya seperti Singapura, Korea Selatan dan Jepun. Berikut fakta ringkas dikongsikan:

1. Singapura

- Negara republik itu mempunyai kadar kelahiran 1.05 peratus saja.

- Kerajaan turut menawarkan wang tunai berjumlah lebih RM38,000 untuk kelahiran anak pertama dan ibu bapa dapat lagi tambahan RM45,348 untuk anak seterusnya. Memang lumayan!

Baca juga Ini 10 negara terkecil yang mungkin ramai tak sangka pernah wujud. Salah satunya ada 7 penduduk saja!

2. Korea Selatan

- Negara K-Pop itu juga dilaporkan memiliki kadar kelahiran terendah di dunia dengan hanya 0.78 peratus jer.

- Elaun sebanyak RM1,061 diberikan setiap bulan sehingga bayi berusia setahun.

- Bagaimanapun bayaran tersebut dijangka meningkat hingga RM3,537 sebulan bermula tahun depan.

3. Jepun

- Negara Matahari Terbit itu juga berdepan krisis populasi apabila hanya 1.3 peratus kadar kelahiran setahun.

- Jadi, kerajaan di sana menawarkan elaun sebanyak RM318 hingga RM477 sebulan kepada kanak-kanak sejak dilahirkan hingga habis belajar sekolah rendah atau berumur 15 tahun.

Baca juga Republik Czech negara yang punya ramai lelaki berkepala botak paling ramai di dunia! Ini ceritanya

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang