Bayi pramatang 1.5kg maut klinik cuai tidak letak dalam inkubator, sempat buat content newborn photoshoot tanpa pengetahuan keluarga

Iklan
Bayi pramatang 1.5kg maut tidak diletak dalam inkubator, klinik sempat buat content newborn photoshoot & review tanpa pengetahuan keluarga (3)

BAYI pramatang atau disebut sebagai tak cukup bulan perlukan penjagaan rapi. Lazimnya, mereka akan diletakkan di dalam inkubator untuk kawalan suhu badan dan pemantauan bagi tempoh yang lama.

Namun seorang bayi lelaki pramatang seberat 1.5 kilogram (kg) di Bungursari, Jawa Barat hilang nyawa dipercayai kecuaian pihak klinik. Antaranya melakukan content newborn photoshoot dan review pada awal usia tanpa kebenaran keluarga.

Iklan
Iklan

Dilahirkan ketika usia kandungan ibu 36 minggu pada 13 November lalu, anak kecil itu meninggal dunia keesokannya.

Kronologi kes diceritakan bapa, Erlangga Surya Pamungkas yang kemudian dikongsikan kakaknya menerusi akaun Instagram @nadiaanastasyasilvera.

Iklan

"Setahu saya bayi kurang daripada 2kg perlu diletakkan dalam inkubator dan standard perubatan. Tetapi anak diletakkan dalam inkubator biasa.

Iklan

"Paling parah, anak saya dipakaikan pakaian dua lapis, sarung tangan dan dibedung.

"Ketika ditanya bidan beritahu bayi tidak normal dan nafas kurang baik. Bidan juga beritahu akan koordinasi dengan hospital sama ada perlu diletakkan dalam inkubator atau tidak," titipnya.

Tidak hanya itu, dalam masa empat jam selepas dilahirkan bayi berkenaan juga tidak diberikan susu dengan alasan perlu dipantau setiap satu jam sekali.

"Pada jam 7 pagi, anak saya dimandikan oleh bidan dalam tempoh yang lama. Semua ahli keluarga tidak tahu di mana anak saya dimandikan," tambahnya.

Selesai dimandikan menerusi keterangan daripada bapa bayi, bayi berkenaan dibenarkan pulang.

Beberapa kali ibu bayi berkenaan bertanya untuk kepastian anaknya boleh dibawa pulang dan bidan yang merawat mengiakan. Tidak perlu ke hospital mahupun dihangatkan dengan inkubator.

Namun selepas pulang bayi berkenaan masih tidak dapat menyusu, malah pada hari yang sama degupan jantung bayi berkenaan didapati terhenti. Si kecil itu terus dibawa ke klinik yang sama.

"Seorang lelaki tidak pasti sama ada doktor atau siapa memeriksa anak saya dan mengatakan meninggal dunia. Selepas memeriksa lelaki berkenaan hilang entah ke mana.

"Ada empat bidan ketika itu tetapi semuanya bersembunyi, keluarga yang menangis pun tidak dipeduli. Anak saya meninggal dunia apa sebabnya, kerana apa? Tiada penjelasan dari pihak klinik.

"Anak saya lahir tak diberi surat kelahiran, dibenarkan pulang tanpa surat keterangan sihat dan dokumen kebenaran pulang.

"Malah meninggal juga tidak diberi surat kematian. Klinik apakah SOP macam ni," kongsinya.

Bapa berkenaan membawa anaknya ke sebuah hospital dan mendapati berat si kecil hanya 1.5kg.

Usaha keluarga untuk mendapatkan penjelasan klinik berkenaan juga menemui jalan buntu kerana bidan yang bertanggungjawab tidak muncul.

Menerusi akaun laman sosial sama, gambar dan video bayi berkenaan yang dipercayai diambil pihak klinik dimuat naik. Bayi tidak cukup bulan itu dipakaikan bedung berona biru dan topi berona merah.

"Bayi 1.5kg diperlakukan sebegini tanpa kebenaran dan makluman keluarga. Sepatutnya bayi berada dalam inkubator dan diberi rawatan rapi, sebaliknya anda membuat ulasan dan content. Di manakah hati nurani kalian. Ini manusia, bukan binatang!!" kongsi ibu saudara bayi berkenaan.

Keluarga bayi berkenaan sudahpun membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang ke atas kecuaian klinik berkenaan.

Baca juga: Pilunya, bayi 8 bulan ditemui kebuluran, setia di sisi jasad ibu tidak bernyawa 2 hari

Baca juga: 9 tahun tak sedar bawa janin dalam perut, wanita meninggal dunia tak cukup zat

Baca juga: Wanita bersalin dalam lori tengah highway, bayi tak bergerak. Doktor lalui detik cemas beri khidmat terbaik

Warga maya rata-rata mendoakan agar usaha keluarga berkenaan mendapatkan keadilan dipermudahkan.

-"Innalillahi wa innaillaihi rojiun. Takziah sedalam-dalamnya, sangat sedih dan pilu. Sebagai juru foto newborn photoshoot, standard keselamatan adalah keutamaan. Saya tidak pernah melakukan sesi bergambar bayi sebelum umur lima hingga enam hari kerana bayi baru lahir memerlukan tempoh pemerhatian selama 72 jam untuk memastikan kesihatan mereka. Bayi pramatang tidak boleh bergambar pada usia awal kelahiran!"

-"Penting bidan yang terlatih supaya mereka tahu berapa berat badan yang ideal untuk gambar bayi baru lahir supaya tidak cuai. Kalau tengok video dan gambar, teknik membalut bedung pun salah."

-"Ya ALLAH sedihnya membaca kronologi dari awal sampai habis. Tak sanggup nak bayangkan, semoga ibu ayahnya dan keluarga diberi ketabahan."

INFO BAYI PRAMATANG

[caption id="attachment_129730" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)[/caption]

-Kebanyakan bayi dilahirkan dalam lingkungan 40 minggu usia kandungan. Jika bayi dilahirkan sebelum 37 minggu usia kehamilan, ia dikatakan kelahiran pramatang.

-Insiden bayi pramatang berbeza di setiap negara. Di Malaysia lebih kurang 8 peratus bayi dilahirkan pramatang.

-Bayi pramatang dilahirkan kecil sifat-sifat pramatang dan bergantung pada usia kandungan.

-Berat badan bayi pramatang selalunya antara 500gram (g) untuk usia kandungan 22 minggu, 1kg untuk 28 minggu, 1.5kg untuk 32 minggu dan 2.5 kg bagi yang lahir pada 37 minggu.

-Bayi pramatang memerlukan penjagaan rapi bergantung kepada keadaan dan tahap keseriusannya. pramatang seseorang bayi.

-Penjagaan am adalah diperlukan untuk semua bayi pramatang ialah kawalan suhu badan dengan dirawat di dalam inkubator.

[caption id="attachment_129731" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)[/caption]

-Bayi kategori ini juga perlu pemantauan tahap gula dalam badan.

-Mereka yang lahir hampir matang iaitu melebihi 35 minggu yang selalunya boleh diberi penyusuan ibu secara eksklusif.

-Bayi pramatang lahir sebelum 35 minggu memerlukan susu formula sebagai nutrien tambahan.

-Mencuci tangan adalah perkara asas yang penting sebelum dan selepas merawat bayi pramatang untuk mengelakkan jangkitan.

-Ada juga bayi pramatang memerlukan rawatan khas bergantung kepada keadaan dan komplikasi yang dihadapi.

-Mereka memerlukan ventilasi dan rawatan surfaktan untuk masalah pernafasan, menerima oksigen terapi, pemberian cairan dan elektrolit, parenteral nutrition (nutrisi yang diberi terus ke dalam saluran darah) diberi kepada bayi yang tidak boleh menerima susu melalui usus.

Sumber: Instagram @nadiaanastasyasilvera, Tribun News, MyHealth KKM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!