'Menanti jodoh kiriman Tuhan.' 10 tahun hidup solo, Rossa tidak suka bicara soal cinta, pilih luah dalam lagu!

Iklan
ARZALIF-3 (23)

'Menanti jodoh kiriman Tuhan.' 10 tahun hidup solo, Rossa tidak suka bicara soal cinta, pilih luah dalam lagu!

 

Iklan
Iklan

SELEBRITI popular dari seberang, Datuk Seri Rossa cukup terkenal dengan sikapnya yang mesra dan sentiasa murah dengan senyuman.

Biarpun usia empunya diri kini sudah memasuki 45 tahun, namun penyanyi bertubuh genit itu juga cukup ligat dan bertenaga setiap kali beraksi di pentas.

Iklan

Pujian demi pujian diberikan menjadi penambah semangat untuk penyanyi tersohor Indonesia itu untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam menghiburkan para peminatnya.

Iklan

Baca ni Rossa bukti masih utuh

Mungkin ramai sudah tahu bahawa pemilik nama sebenar Sri Rossa Roslaina Handiyani itu sudah lebih sedekad bergelar ibu tunggal.

Untuk rekod, Rossa sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama Surendro Prasetyo atau mesra disapa Yoyo pada 18 Mac 2004. Yoyo merupakan anggota band Padi.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rizky Langit Ramadhan.

Namun, tanggal 14 Julai 2009, pasangan tersebut akhirnya berpisah.

SUDAH KETEMU JODOH?

Pun demikian, Rossa yang dianggap diva Indonesia terlaris sepanjang zaman berdasarkan jualan album dan lagu hitnya mengakui cukup selesa dengan kehidupan solonya.

Dalam satu temu bual bersama pihak media baru-baru ini, beliau sedikit pun tidak melatah tatkala sisi peribadinya terutama membabitkan soal jodoh terus dicungkil.

Baca ni Rossa berbagi cinta di Malaysia

"Jujurnya saya tidak pernah menutup pintu hati, apatah lagi mahu menolak jodoh. Cuma mungkin lebih berhati-hati untuk memulakan sesuatu hubungan. Mungkin saya kini menantikan jodoh kiriman Tuhan," ungkap penyanyi genit itu.

Malah penyanyi kelahiran Sumedang, Jawa Barat itu berterus terang dengan berkata bahawa setiap manusia tidak mampu hidup bersendirian, sebaliknya tetap perlukan teman hidup.

 

"Dalam hal ini (jodoh), saya cuma lebih berhati-hati memulakan perhubungan baharu. Pada masa sama, saya juga tidak suka berbicara soal cinta, namun lebih gemar meluahkannya dalam lagu,” kongsi Rossa lagi.

Baca lagi Tiket konsert ‘sold out’, Rossa sedia tambah satu malam persembahan lagi

PENCINTA ROSSA

Sedikit bicara mengenai perkembangan kerjayanya di Malaysia, beliau yang turut digelar Ratu Runut Bunyi Filem dan Sinetron Indonesia, bakal meneruskan siri jelajah Konsert Another Journey: The Beginning yang pertama kali dipentaskan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Disember depan.

Kata pelantun lagu Ayat-Ayat Cinta itu lagi, beliau mahu bertemu dengan lebih dekat dengan peminat yang menggelarkan diri mereka Pencinta Rossa.

Baca lagi ‘Hensemnya Tuah, muka bonda sangat.’ Sisi keibuan Elizad terserlah ketika dukung anak Remy Ishak, warga maya tersentuh hati!

r

"Selain di Indonesia, saya juga memiliki peminat di Malaysia, Singapura dan Brunei. Saya percaya lagu-lagu yang dibawakan selama ini mengiringi peminat dari kecil sehingga kini, seiring perjalanan karya saya yang sudah mencecah 25 tahun.

"Justeru, saya teruja dan berharap dapat bertemu dengan generasi gen-Z untuk hadir. Sama-sama kita nantikan peminat dua generasi ini turun dan mendapat pengalaman indah semasa konsert ini berlangsung kelak," ujarnya lagi.

Sumber: Mingguan Wanita

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang