Pameran eksentrik paling ganjil di dunia, ini lima muzium rare terima pengiktirafan yang bukan calang-calang

Iklan
muzium

SELALUNYA, muzium menjadi tempat tumpuan pelancong yang mahu melihat pameran koleksi bersejarah, seni lukisan atau warisan khazanah negara.

Malah, hamparan tulang manusia (mumia) dan haiwan purba dari zaman batu juga boleh menarik minat si cilik untuk proses pembelajaran yang menghiburkan.

Iklan
Iklan

Lebih menarik lagi, teknologi masa kini boleh ‘menghidupkan’ semula dinosaur sekelip mata. Siap dengan pergerakan dan bunyi, memang best!

Pun demikian, bagaimana dengan koleksi eksentrik pelik yang dipaparkan kepada umum? Ada memiliki peminat tersendiri?

Iklan

Lapor upi.com, terdapat lima muzium rare yang diiktiraf dengan rekod tersendiri, boleh dikatakan agak aneh untuk komuniti setempat.

Iklan

 

Apatah lagi, kesemua antologi karya luar biasa yang dipersembahkan kepada pengunjung memang tak masuk akal.

Nah, berikut lima muzium di negara Barat yang menawarkan servis yang boleh buat kalian tepuk dahi:

1. Museum of Hangovers 

- Muzium yang diwujudkan oleh Rino Dubokovic di Croatia itu sebenarnya didedikasikan khas buat mereka yang kaki botol.

- Selain koleksi barangan yang sering dijumpai selepas mabuk, premis tersebut juga memiliki ruang khas untuk ujian refleks dan pelawat boleh berkongsi pengalaman masing-masing.

2. Disgusting Food Museum

- Pengasasnya, Samuel West memaparkan pelbagai makanan pelik dan berbau busuk yang boleh membuatkan pengunjung naik loya.

- Antara item yang dipamerkan di Malmo, Sweden seperti daging jerung, zakar lembu jantan, larva semut, keju maggot dan banyak lagi.

Baca juga Seperti berada dalam filem The Lord of the Rings, Muzium Ilusi hadirkan magis buat kita kagum

3. Sock Monkey Museum

- Hanya bermula daripada patung stoking monyet yang dibeli dari restoran Cracker Barrel pada tahun 2006, ia mencetuskan idea gila buat Arlene dan Michael Okun.

- Pasangan tersebut membuka sebuah muzium di Illinois, Amerika Syarikat dengan lebih 2,000 koleksi handmade stuffed animals sehingga mencapai gelaran The Guinness World Records.

4. The Bunny Museum

- Kepada peminat arnab, bolehlah singgah ke muzium yang dibangunkan oleh Candace Frazee dan Steve Lubanski di California, Amerika Syarikat.

- Tradisi tukar hadiah sejak tahun 1993 menjadikan koleksi anak patung arnab mereka mencecah hingga 40,550 item sekali gus mencipta rekod dunia.

Baca juga Muzium hidup’ di Kampung Morten, Melaka miliki keunikan tersendiri. Ini sebab kenapa perlu bercuti di sini

5. Redner's Rescued Cat Figurine Mewseum

- Pengasas muzium, Shawn Redner dan Hilary Siegel-Redner menjadikan lebih 13,000 patung kucing sebagai tarikan pengunjung.

- Koleksi pelbagai jenis baka haiwan tersebut dihimpunkan dalam setiap sudut premis, ditambah dengan tempat bermain si bulus. Sekali pandang, tak ubah seperti syurga kucing.

Tak dinafikan, jika terlalu obses dengan sesuatu, boleh penuh satu rumah dengan koleksi yang disimpan bertahun-tahun.

Mungkin bagi sesetengah orang, pameran tersebut dianggap lain daripada lain, namun ia bergantung kepada persepsi masing-masing.

Malaysia pun tak kurang hebatnya. Kita juga mempunyai destinasi pelancongan yang lebih kurang sama iaitu Muzium Kucing yang terletak di Kuching, Sarawak.

Fakta menarik mengenai ikon percutian di Petra Jaya itu menempatkan lebih 2,000 artifak, patung dan tugu mengenai kucing di serata global.

Muzium tersebut merangkumi keluasan 1,035.9 meter persegi di sebuah bukit berhampiran Kuching yang dinamakan Bukit Siol.

Jadi, buat peminat kucing tak perlu pergi jauh. Hanya di Kuching saja, kalian boleh mendalami sejarah si bulus bersama famili atau rakan sepanjang cuti sekolah ni.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang