Kanak-kanak dua tahun meninggal dunia akibat kelaparan selepas bapanya maut diserang sakit jantung

Iklan
Copy of Copy of gambar portal

MENYAYAT hati. Itu yang boleh diungkapkan apabila mendengar kisah tragis yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.

Si kecil yang meninggal dunia akibat kelaparan itu ditemui di sisi bapanya yang terlebih dahulu meninggal dunia kerana serangan jantung.

Iklan
Iklan

Mayat Bronson Battersby ditemui bersebelahan bapanya, Kenneth yang berusia 60 tahun.

Baca juga:Kematian yang indah. Rebah ketika solat, imam meninggal dunia dalam sujud undang sebak

Iklan

Baca juga:Hanya ingat mati. Wanita pandu Myvi hanyut dalam longkang bertaruh nyawa lawan arus deras, berikut kronologi kejadian

Jurucakap polis Lincolnshire berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kematian kedua-dua mereka di sebuah kediaman di Skegness, United Kingdom pada jam 3.25 petang pada 9 Januari lalu.

Iklan

"Siasatan telah dijalankan dan tiada unsur-unsur mencurigakan bagi kematian tersebut,” katanya.

Bronson dilihat kali terakhir oleh jirannya pada hari Boxing Day ketika menziarahi mereka.

Kejadian ini mula disedari menerusi pekerja sosial yang mana beliau menghantar mesej kepada Kenneth bagi mengatur lawatan pada 2 Januari.

Namun, pekerja berkenaan terus menghubungi polis pada 4 Januari apabila tidak menerima sebarang jawapan daripada Kenneth.

Namun, kejadian itu hanya disedari pada 9 Januari selepas pekerja tersebut memutuskan untuk memasuki hartanah itu sendiri menggunakan kunci.

Dia menemui mayat Bronson dan Kenneth lalu menghubungi polis, yang kemudian bergegas ke tempat kejadian bersama paramedik pada 3.25 petang.

Kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut sumber, lelaki itu meninggal dunia lebih awal mungkin pada 29 Disember tahun lepas.

Sementara itu, ibu kanak-kanak terbabit, Sarah Piesse, 43, tidak berpuas hati dengan pekerja sosial yang sepatutnya memantau keadaan Bronson kerana Kenneth tidak sihat dan menganggur.

Ujarnya, kali terakhir melihat anaknya itu sebelum Krismas selepas bertengkar dengan bekas suaminya.

'Saya tidak percaya. Mereka tidak patut dilepaskan.

"Keputusan bedah siasat menyatakan Bronson mati kelaparan kerana ayahnya meninggal dunia,” katanya.

Sumber: Daily UK

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang