Pengantin terima mas kahwin 2 hektar kebun sawit, hadiah 2 hektar tanah, sebuah Pajero buat warganet terkesima, beruntung badan!

Iklan
Pengantin terima mas kahwin 2 hektar kebun sawit, hadiah dua hektar tanah, sebuah Pajero buat warganet terkesima, beruntung badan!

PEMBERIAN hadiah kepada pengantin baharu memang menjadi kebiasaan. Selain memberi restu, sebagai simbol meraikan hari bahagia pasangan mempelai, memberi hadiah perkahwinan juga sudah menjadi adat dalam kalangan masyarakat kita.

Selalunya wang ringgit dan barang-barang kelengkapan dapur dan rumah seperti pinggan mangkuk, cerek air atau periuk nasi elektrik, namun pasangan di Cilegon, wilayah Banten, Indonesia ini sangat bertuah kerana menerima hadiah luar biasa iaitu dua ekar kebun sawit dan trak pikap Mitsubishi Pajero Sport pada hari bahagia.

Iklan
Iklan

Baca juga: Terima mas kahwin 1 bilion termasuk 500 gram emas, pernikahan anak pendakwah ini buat ramai ternganga, bertuah badan!

Baca juga: Salin tikar, wanita rela kahwini bekas abang ipar demi tunai amanah kakak

Iklan

Segalanya bermula apabila video berdurasi 20 saat memaparkan pasangan berkenaan tular di laman sosial TikTok.

Iklan

Menerima hampir satu juta tontonan, rakaman berkenaan memaparkan pengantin, Kemas Andika dan isterinya Angesty Prawidyasari menerima kejutan yang ditutup kain merah. Pajero Sport berona hitam berkenaan kemudian dipandu Andika.

Tidak hanya itu, Andika dan Angesty seterusnya menerima kejutan kedua berupa geran tanah ladang kelapa sawit pemberian bapa saudara pengantin lelaki.

Baca juga: Lamaran pemuda Arab, doktor wanita terima mas kahwin RM300,000

Baca juga:Kisah cinta ustazah tular, kahwin pemuda Belgium selepas istikharah 7 kali

Menurut Wolipop, Andika dan isteri teruja dengan hadiah yang diterima.

Lelaki berusia 24 tahun itu menjelaskan pemberian itu selari dengan mas kahwin yang diberikan kepada isteri.

"Untuk pemberian ladang kelapa sawit seluas satu hektar, ia adalah berian pakcik saya. Kami hanya mengetahuinya pada hari itu.

"Sudah tentu ini sangat menggembirakan kerana pemberian ini selari dengan mas kahwin kami.

Terharu dengan pemberian itu, beliau menggangap hadiah yang diberikan sebagai tanda kasih sayang keluarga kepada mereka.

"Hadiah tersebut boleh dimanfaatkan untuk masa depan keluarga kami,” tambahnya lagi.

Majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di The Royale Krakatau Hotel, Banten, Tangerang itu turut dihiburkan oleh penyanyi terkenal Liga Dangdut Indonesia dan Akademi Dangdut Indonesia, Selfi Yamma.

Sumber: Wolipop

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!