Ibu masuk wad, cuti hanya 2 hari, anak ini nekad naik motor 290km dari Kulim ke Pasir Mas runtun hati warganet

Iklan
Ibu masuk wad, cuti hanya 2 hari, anak ini nekad naik motor 290km dari Kulim ke Pasir Mas runtun hati warganet (1)

KASIH anak kepada ibu tercinta, sanggup meredah perjalanan beratus kilometer semata-mata demi berada di sisi 'syurganya' yang sedang sakit.

Iklan
Iklan

Jarak Kulim, Kedah ke Pasir Mas, Kelantan sejauh 291 kilometer (km) bukanlah dekat, namun ia tidak menjadi halangan buat gadis berusia 20 tahun ini untuk kembali ke pangkuan bonda tersayang.

Sementelah cuti dimiliki singkat dan masalah mabuk kenderaan, dengan berbekalkan beg sandang wanita muda itu tekad menunggang motosikal meredah perjalanan pulang termasuk Lebuhraya Timur-Barat yang terkenal dengan kegelapan dan haiwan liar.

Iklan

Baca juga: Sedihnya, bapa meninggal beberapa minit sebelum naik pentas graduasi, kanak-kanak tahan sebak runtun hati warganet

Baca juga: Sanggup jalan kaki di bawah panas terik hantar anak masuk universiti, keluarga dari Sarawak undang sebak

Iklan

Baca juga: Sanggup derma hati demi anak sakit kronik, kisah pengorbanan ibu ini buat ramai sebak

Perjalanan nekad itu hanya disedari seorang pengguna jalan raya yang menyaksikan detik gadis berkenaan terbabas dalam kegelapan dinihari.

"Kisah seorang anak perempuan nak balik tengok emak sakit di Pasir Mas dari Kulim, Kedah. Terbabas seorang diri pada jam 4 pagi berdekatan dengan Royal Belum. Saya tanya kenapa tidak naik bas? Jawabnya: Saya mabuk kalau naik bas dan kereta.

[caption id="attachment_136482" width="800"] Sumber: Google Maps[/caption]

 

Tidak berfikir panjang, orang awam menghulurkan bantuan dengan menumpangkan gadis berkenaan dan mengangkat motosikal jenis SYM 125 miliknya ke ruang belakang sebuah lori yang membawa muatan makanan haiwan ternakan.

Baca juga: 'Saya tak pandai, nak bagi anak pandai sikit.' Pengorbanan ayah, sanggup ulang-alik naik motor sejauh 20km ke tempat kerja bikin sebak!

Baca juga:[VIDEO] Jual tisu RM20 satu malam, digelar pengemis, wanita kongsi pengorbanan ibu OKU penglihatan besarkan 3 anak

"Ada lori bawa makanan haiwan tumpangkan motosikal manakala perempuan itu ada abang askar yang hantar ke rumahnya di Pasir Mas.

"Kerah tenaga empat orang angkat motosikal 185cc untuk naik ke atas guni. Syukur Alhamdulillah semua selamat," kongsinya.

"Jom kita ucapkan terima kasih kepada abang lori kerana bantu adik ni tumpang dan hantar ke Pasir Mas biarpun barang  muatan barang dibawa banyak.

"Moga selepas ini kalau ada yang perlukan bantuan daripada abang-abang lori boleh sekat. Jangan malu-malu.

Baca juga: [VIDEO] Kanak-kanak belikan selipar untuk lelaki tua, warganet bangga hasil didikan ibu bapa

Baca juga: Pernah tolak IPTA kerana tiada duit, tak pernah memberontak, ibu dedah suspek anak yang baik

"Terima kasih juga kepada abang askar dari Kulim. Sebelum adik ini terbabas abang askar follow dari belakang sebab ketika itu ada empat hingga lima ekor gajah di tepi jalan. Baru-baru ini askar selamatkan mangsa dalam air, yang ini abang askar lagi yang bagi bantuan pertama," kongsinya.

Keprihatinan Lemi dan pengguna jalan raya yang lain menyelamatkan gadis dikenali sebagai Wan Nur Alya Danisha itu dipuji ramai.

-"Berjurai air mata kalau ada hal berkaitan ibu ayah di kampung. Anak sedaya-upaya akan balik."

-"Sebab emak dia jadi kuat. Semoga urusan adik ini dipermudahkan. Terima kasih buat lelaki-lelaki budiman yang menolong."

-"Bila fikir emak ayah semua kekuatan datang untuk mengatasinya segalanya. Takut boleh jadi berani, lembik boleh jadi kental. Terima kasih orang baik."

Baca juga: "Fadzli anak yang baik”- pekerja terlelap syif malam, penjelasan Pak Cik Shell buat netizen tersentuh

TIP HADAPI KEHADIRAN GAJAH DI LEBUH RAYA

Menurut portal mekanika.com.my, kebarangkalian gajah untuk muncul adalah tinggi sekiranya anda melalui Lebuh Raya Grik- Jeli pada waktu malam, cuaca sejuk selepas hujan dan pada waktu bulan penuh.

Kebiasaannya gajah ini akan berada sebelum dan selepas Pulau Banding terutama pada waktu malam.

Sekiranya anda ternampak gajah di tengah jalan dan menghalang laluan atau menerima isyarat 'high beam' daripada pemandu yang berdekatan yang memberi amaran, ambil langkah berikut:

a. Pandu perlahan dan sedia untuk berhenti sekiranya gajah berada di tengah jalan. Gajah akan duduk di tengah jalan sekiranya anak gajah belum melintas jalan.

b. Berhenti dalam jarak 200 meter dari kedudukan gajah yang membolehkan anda berpatah balik sekiranya perlu.

c. Matikan lampu tinggi dan lampu besar. Biarkan lampu kabus sahaja. Lampu hazard adakala menyebabkan gajah marah.

d. Biarkan gajah melintas sebelum meneruskan perjalanan.

Sumber: TikTok lem1771, Mekanika.com.my

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!