Tragis! Ibu sangka oven sebagai katil bayi, anak sebulan maut hangus, ini kronologinya

Iklan
Tragis! Ibu sangka ketuhar sebagai katil bayi, anak sebulan maut hangus, ini kronologinya (2)

BAYI berusia sebulan terbakar hangus hingga maut selepas ibunya menyangka oven sebagai katil bayi. Ibu yang dikenali sebagai Maria Thomas, 26, menjadi perhatian dunia dan disifatkan terlalu cuai.

Dalam kejadian yang mengerikan di Missouri Amerika Syarikat , ibu berkenaan"tersilap" menidurkan si kecil di dalam ketuhar panas. Thomas dari Kansas telah didakwa membahayakan kebajikan kanak-kanak dan mengakibatkan kematian.

Iklan
Iklan

Berikut adalah kronologi kejadian pada pada 9 Febuari lalu:

1-Menurut rekod mahkamah yang difailkan, Polis Kansas City bertindak ke sebuah kediaman selepas menerima laporan bayi yang tidak bernafas pada jam 1.24 tengah hari.

Iklan

2-Polis sebagai responden pertama mendapati bayi berkenaan melecur dan berada di dalam kerusi keselamatan di ruang tamu.

3-Pasukan penyelamat yang tiba kemudian mendapati bayi berkenaan mati di tempat kejadian.

Iklan

Baca juga: Bahaya penyakit ‘gila meroyan’ kepada wanita, jangan ambil mudah, risiko alami depresi teruk

Baca juga: 18 tulang rusuk, dua kaki patah, kepala lebam digoncang, bayi 10 minggu maut angkara ibu sendiri

Baca juga: Kasih ibu, biarpun kaki dipasung wanita tetap menyusukan anak

4-Pegawai berkenaan memaklumkan kepada detektif bahawa ibu bekenaan tidak sengaja meletakkan bayi perempuan berkenaan di dalam oven untuk dan menyangkakan ia katil bayi.

5-Salah seorang saksi kes iaitu datuk bayi berkenaan memaklumkan beliau menerima panggilan daripada si ibu yang memberitahu ada sesuatu yang tidak kena berlaku kepada bayi itu. Lelaki itu segera pulang ke rumah.

6-Setibanya di rumah, beliau terbau sesuatu yang hangit dan mendapati bayi berkenaan meninggal dunia di katilnya.

7-Bertanya kepada si ibu apa yang telah berlaku, wanita itu berkata :"Saya ingatkan telah meletakkannya di atas katil bayi dan secara tidak sengaja meletakkannya di dalam ketuhar.

8-Bayi berkenaan didapati mengalami kesan melecur di beberapa bahagian badan termasuk. Bodysuit yang dipakai didapati cair dan melekat pada lampin.

Baca juga: Akibat tumpahkan gula, ibu mengaku cekik anak 2 tahun, buang mayat di hutan

Baca juga: Lelaki pun boleh ‘meroyan’ lepas isteri bersalin, 8 tip ini amat membantu

9-Pakaian bayi berkenaan didapati kotor dan terbakar dan ketika saksi tiba dan beliau menemuai sehelai selimut bayi yang sudah hangus di ruang tamu.

10-Ibu berkenaan, Mariah Thomas didakwa melakukan jenayah Kelas A: Mengabaikan Kebajikan Kanak-Kanak Peringkat Pertama, Kematian Kanak-Kanak, kata Pendakwa Daerah Jackson Jean Peters Baker dalam kenyataan akhbar.

11-Thomas yang tidak diwakili peguam boleh dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun jika didapati bersalah.

Pendakwa Jackson County, Jean Peters Baker dalam satu kenyataan berkata ia adalah sebuah tragedi.

"Tragedi ini mengakibatkan kehilangan nyawa yang berharga, kami percaya sistem keadilan akan bertindak sewajarnya," katanya.

Menerusi kenyataan rakan Thomas yang tular di Facebook, wanita itu yang menderita masalah mental skizofrenia dan gila meroyan sedih kehilangan bayi dinamakan Zariah Mae itu.

Baca juga: Kes sakit jiwa di Malaysia semakin merisaukan. Kenali gejala skizofrenia yang jadi penyebab penderita bunuh diri

 

Malah baru-baru ini dia dikatakan cuba mendapatkan bantuan untuk masalah mentalnya.

Catatan terakhir yang dimuat naik di media sosial memaklumkan dia ingin mendapatkan tempat untuk anak perempuannya. Keluarga dan rakan melaporkan Thomas seorang ibu yang penyayang dan kecewa dengan tragedi itu.

Berdasar hantarannya di laman sosial, wanita itu menyambut hari lahirnya pada malam sebelum kejadian.

INFO GILA MEROYAN

Gila meroyan atau postpartum psychosis sering dikaitkan dengan kemurungan di kalangan ibu selepas bersalin.

Adalah normal bagi wanita untuk berasa tidak selesa selepas bersalin. Bagaimanapun, keadaan ini boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang serius apabila melibatkan kemurungan.

Berikut 10 info berkaitan:

a) Penyakit gila meroyan berlaku disebabkan perubahan hormon, masalah psikologi selepas bersalin dan pelbagai faktor lain yang mengundang stres dan gangguan emosi kepada wanita yang baru lepas bersalin.

b) Antara tanda-tanda penyakit gila meroyan:

– bercakap seorang diri

– berhalusinasi

– berfikir hal tidak rasional

– was-was

– keliru

– gagal menjalankan tanggungjawab

– tiada minat untuk melakukan apa-apa

– acap menangis

– sering mengadu

 

d) Tiga ‘fenomena’ psikiatri yang boleh berlaku terhadap wanita yang baru melahirkan anak (post-partum period) iaitu:

-Post-partum blues

Simptom: mudah menangis, emosi berubah-ubah

Biasa terjadi pada hari ke tiga hingga ke lima tiga hingga lima hari selepas bersalin, bersifat sementara dan dialami oleh 50 hingga 80 peratus wanita.

-Post-partum depression (kemurungan)

Simptom: Sedih berpanjangan, mudah terasa, mudah marah, gangguan tidur, hilang selera, hilang focus, rasa tidak sempurna dan bukan ibu yang baik, lintasan fikiran mahu membahayakan bayi.

Kemurungan ini biasa berlaku dalam empat minggu pertama kelahiran, kemuncak pada bulan ke tiga hingga bulan ke enam kelahiran.

-Post-partum psychosis

Simptom: kecelaruan fikiran, gelisah, emosi tidak menentu, mengalami halusinasi (mendengar suara yang tidak wujud) dan boleh bersikap agresif.

1 dalam 1,000 wanita mengalaminya. Penghidap berisiko menghadapi masalah psikiatri pada masa akan datang, contohnya bipolar disorder. Memerlukan rawatan segera.

c) Rawatan

-Sokongan moral, emosi dan fizikal amat diperlukan ibu selepas bersalin.

-Si ibu juga perlulah sentiasa berdamping dengan zikrullah, bacaan doa serta menambah ilmu agama di saat diri tidak boleh solat.

-Jangan jadikan berpantang alasan untuk lalai mengingati ALLAH, kelak syaitan yang akan mengggangu nanti.

-Cara lain adalah melalui kaunseling dan ubat-ubatan jika masalah serius.

Sumber: Kansas City Star, Deccan Herald, Facebook

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!