PELAKON Rita Rudaini memberi 'lampu hijau' kepada anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, untuk menjadi pemain bola sepak profesional dengan syarat memastikan al-Quran sentiasa tersemat di dada dan bijak dalam akademik.
Sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada permata hatinya, Pelakon Mami Jarum Junior itu berkongsi hal tersebut menerusi Insta Story bagi mengulas artikel berkenaan pesanan yang dibuat kepada anak-anak jika ingin menceburi diri dalam dunia bola sepak profesional.
Baca juga: Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. '3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy'
Baca juga: 'Sayu mommy tengok. Inilah hadiah ALLAH nak bagi.' Rita Rudaini throwback anak sulung menghafal surah undang sebak!
Baca juga: 'Segaknya bodyguard mommy, ini baru sesuai, keluarga bahagia.' Rita Rudaini & anak-anak muncul model baju raya raih pujian
Pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar itu mahu Airit Rayyan Rizqin menjadi menggapai pencapaian akademik.
Ujarnya lagi, jika terbiasa melazimi bacaan al-Quran dan mempunyai tahap pendidikan baik, setidak-tidaknya apabila sudah tidak aktif dalam sukan, mereka masih boleh meneruskan kehidupan di masa hadapan.
Terdahulu, selebriti berusia 48 tahun itu berkongsi gambar Rayyan dan mendoakan agar pasukan putera sulungnya memperoleh emas dalam perlawanan bola sepak yang disertai.
Baca juga: Rita Rudaini bawa anak-anak jumpa Tun Mahathir, terima nasihat berharga. 'Orang & aura hebat, kenangan tidak lupa sampai bila-bila'
Baca juga: Pantau anak 24 jam, jangan benarkan ‘outing’ tanpa ibu bapa - Rita Rudaini
Rayyan yang kini pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengikuti aliran Ulul Albab sering meraih kejayaan dalam peperiksaan dan mewakili maktabnya dalam sukan bola sepak.
Selain Rayyan, Rita juga memiliki seorang lagi cahaya mata lelaki iaitu Airit Qaqa Arjuna.
Sekadar info, Rita berkahwin dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak pada 2008 namun bercerai pada tahun 2013.