'Benda dah jadi, nak buat macam mana.' Dedah jiran minta maaf, sahkan racun diletak oleh anak. Ibu reda dikecam orang ramai

Iklan

PILU dan sayu, pemergian mangsa termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus, Allahyarham Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian meruntun hati ramai.

Iklan
Iklan

Sedih dengan pemergian anak sulung, si ibu, Nurain Hasnorizal, 25, mengaku wanita yang merupakan jirannya ada menelefon pada jam 10 malam, Selasa, untuk meminta maaf susulan peletakan racun pada makanan ringan tersebut.

"Jiran ada telefon, 10 malam tadi (Selasa). Mak dia telefon minta maaf semua, beritahu anak dia yang letak racun tu.

Iklan

"Saya nak cakap lebih-lebih pun tak boleh dalam keadaan macam ini. Kadang-kadang mak saya telefon pun (saya) tak sempat nak angkat sebab ada di dalam wad," katanya.

Iklan

Baca juga: 'Gelupur, muntah & mulut berbuih.' Teruja bawa balik keropok, datuk kongsi kronologi cucu termakan umpan monyet beracun

Baca juga: 'Budak nampak jajan mestilah makan...' Doktor saran 5 panduan penting elak kejadian di Kulim berulang, utamakan keselamatan

Baca juga: 'Betul, anak saya sudah meninggal dunia.' Termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus, abang pergi selamanya

Sudah jatuh ditimpa tangga. Baharu kehilangan anak, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3 manakala seorang lagi, Muhammad Luth Syauqi, 2, masih kritikal, ibu tabah itu reda apabila orang ramai menyalahkan dirinya dalam kejadian berkenaan.

"Biar la apa orang nak kata dalam tu (media sosial), kita saja tahu apa yang sebenarnya berlaku. Orang komen-komen saja, mereka tak tahu.

Terdahulu, Nurain dilaporkan berkata, dia masih tidak dapat memikirkan tindakan seterusnya terhadap jiran kerana ingin menumpukan perhatian kepada kedua-dua anaknya itu terlebih dahulu.

Dua cahaya mata lelakinya sebelum ini dirawat di Wad Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang selepas makan keropok yang dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar.

Hasil siasatan polis mendapati, dua beradik itu dipercayai mengambil peket keropok yang tergantung di dawai besi pagar mengandungi racun yang bertujuan bagi perangkap monyet.

Sumber: Sinar Harian