'Budak nampak jajan mestilah makan...' Doktor saran 5 panduan penting elak kejadian di Kulim berulang, utamakan keselamatan

No Image Caption
A
A
A

KEJADIAN dua kanak-kanak termakan racun perangkap monyet di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim menerima pelbagai reaksi orang ramai.

Diberitakan kritikal di Wad Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang, bencana yang menimpa Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2, menjadi perhatian pegawai perubatan rehabilitasi, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.

Katanya, perkara seumpama itu tidak boleh dielakkan, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan kanak-kanak dan makanan.

"Sedihnya baca berita tentang kritikal dua beradik di Kulim yang berusia dua dan tiga tahun tu.

"Adik-beradik ini jumpa bungkusan keropok yang digantung pada tiang sebuah pagar, jadi mereka pun ambil dan makan.

No Image Caption

Baca juga: 'Gelupur, muntah & mulut berbuih.' Teruja bawa balik keropok, datuk kongsi kronologi cucu termakan umpan monyet beracun

"Tak lama lepas tu, mereka dijumpai dalam keadaan muntah-muntah dan berbuih mulut, lalu segera dikejarkan ke hospital. Selepas disiasat, rupa-rupanya keropok tu telah dicampur dengan racun tikus dengan niat untuk meracun monyet.

"Kenapalah letak umpan berupa makanan ringan untuk haiwan perosak? Kenapa pula diletak di tempat awam macam tu?," katanya kesal dengan perbuatan pekebun berkenaan.

Menyelami sifat semula jadi kanak-kanak, Dr Kamarul sudah menjadi fitrah anak kecil memakan makanan dijumpai. Beliau menegaskan pihak yang meletakkan racun tersebut seharusnya memantau.

"Budak-budak manalah faham bahaya. Mereka nampak jajan(keropok), sudah pastilah mereka ambil dan makan.

"Nak meracun makhluk perosak, perlulah utamakan keselamatan. Bukan hanya untuk diri sahaja, bahkan persekitaran kita.

"Persekitaran tu termasuk manusia, haiwan dan tumbuhan selain makhluk perosak yang menjadi sasaran," katanya

No Image Caption

Pengunaan racun perlu dilaksanakan dengan dengan beretika dan mengutamakan keselamatan. Berikut adalah garis panduan penting yang perlu diikuti untuk menghindari kemalangan yang tidak diingini:

Penyimpanan yang selamat

Racun harus disimpan dalam bekas berkunci dan diluar capaian kanak-kanak. Label pada bekas ini harus jelas dan mudah dibaca.

Penggunaan yang bertanggungjawab

Gunakan racun mengikut arahan pada label. Jangan ubah suai atau gunakannya dengan cara yang tidak disarankan oleh pengeluar.

Kawasan terhad

Jangan letak racun di kawasan umum atau tempat yang mudah diakses oleh orang ramai, terutama kanak-kanak.

Pemantauan dan pembersihan

Selepas gunakan racun, kawasan tersebut harus dipantau dengan rapi. Pembersihan segera harus dilakukan selepas penggunaan.

Pemberitahuan dan Notis:

Individu yang tinggal di kawasan berhampiran harus diberi notis tentang penggunaan racun sebagai langkah berjaga-jaga.

Semoga kita dapat hindari tragedi seperti ini pada masa akan datang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang