'Ibu bapa tak mahu anak 'kosong'…’ Soloz kongsi tip nasihat anak muda utamakan pelajaran

Iklan

DALAM meniti arus kemodenan dan teknologi, masih ada ibu bapa yang mempercayai kecemerlangan akademik sentiasa memainkan peranan penting dalam apa juga bidang ingin diceburi.

Keputusan anak-anak muda untuk tidak melanjutkan pelajaran menjadi suatu mimpi ngeri terutama bagi ibu bapa yang mahu melihat mereka berjaya hingga ke menara gading.

Iklan
Iklan

Bagi peminat E-Sukan pasti mengenali pemuda bernama Faris Zakaria atau Soloz ini yang menempa nama sebagai seorang gamers berjaya.

Kejayaan beliau memiliki sebuah kereta mewah Mustang hasil titik peluh sendiri bermain permainan atas talian benar-benar mencetuskan inspirasi buat anak muda. Lebih membanggakan apabila gamers ini membelinya secara tunai.

Iklan

Lantaran itu, SinarPlus berkesempatan menemu bual bekas pemain Mobile Legend Bang-Bang (MLBB) terkemuka negara itu bagi mendapatkan pandangan beliau tentang isu tersebut.

Menurut Soloz, anak muda seharusnya tidak leka atau mahu mengejar wang semata-mata sehingga enggan meneruskan pengajian.

Iklan

Kata empunya diri, beliau cukup memahami perasaan ibu bapa yang tidak mahu anaknya ‘kosong’ tanpa pelajaran.

"Mak dan ayah tak nak tengok anaknya tidak jadi apa-apa. Justeru, tanyakan kepada orang tua anda, apa yang mereka mahu dan kita capai terlebih dahulu hal tersebut," ujarnya.

Sebagai seorang ‘abang’ kepada dunia E-Sukan Permainan Mobile Legend, beliau menyarankan kepada pemain baharu untuk tidak membuta tuli dengan menyertai sebarang pertandingan tanpa berkelayakan jika benar-benar mahu menjadi pemain profesional atau proscene.

Pemain kelahiran Negeri Sembilan itu menjangkakan dunia E-Sukan akan berkembang dan persaingan akan menjadi lebih sengit.

Beliau berkongsi pandangan itu ketika ditemui penulis dalam satu majlis pelancaran minuman baharu Kopi Saigon Dark System Series pada Rabu.

Baca juga: Fahami kehidupan anak autistik

Baca juga: Siap sedia ibu ayah! Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kembali seawal Jun 2025