Pengasas Choco Albab dedah kisah sebenar dalam filem pendek 'Kita Kan Sama', angkat isu semangat perpaduan kaum sempena merdeka

Iklan

NAMA beliau sebelum ini tular apabila mendapat gelaran founder berhati ejen.

Itu semua gara-gara Said Saiful Fazli yang merupakan pemilik empayar syarikat Saudagaar Asia (S-Asia) menerusi jenama produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, Choco Albab melihat ejen sebagai harta yang cukup berharga.

Iklan
Iklan

Beliau menjadikan tradisi menghargai ejen dengan melancong baik di dalam mahupun diluar negara sebagai penyuntik semangat.

Terbaharu, bersempena sambutan hari merdeka yang bakal menjelang tidak lama lagi, Said mahu menonjolkan semangat perpaduan masyarakat yang memiliki pelbagai kaum dengan menghasilkan filem pendek berjudul Kita Kan Sama: Inspirasi Dari Kisah Sebenar.

Iklan

Secara peribadi, beliau mengakui, karya yang dipersembahkan itu cukup dekat dengan dirinya. Malah kata jejaka berusia 37 tahun itu, filem tersebut bukan sekadar hiburan, sebaliknya cerminan semangat perpaduan dalam masyarakat.



Nilai persahabatan

Filem yang diadaptasi daripada kisah benar tersebut merupakan pengalaman peribadinya yang dibesarkan dalam suasana kampung yang harmoni. Di sinilah, Said menemui jati diri dan nilai persahabatan tanpa batas perbezaan kaum dan budaya.

Iklan

Sekadar makluman, kisah tersebut menyoroti kehidupan Joe (nama layar) yang membesar dengan cara dan gaya hidup sebagai masyarakat Melayu.

Namun, ketika empunya diri mengetahui asal-usulnya yang sebenar, lelaki tersebut berhadapan dengan cabaran untuk menerima identiti barunya, realiti bahawa beliau berketurunan India telah memberi satu kejutan pada dirinya. Perkara tersebut turut mempengaruhi hubungannya dengan rakan-rakan dari pelbagai kaum.

Walau bagaimanapun"Kita Kan Sama" membawa mesej yang kuat tentang pentingnya perpaduan dan kesamaan, serta bagaimana perbezaan budaya dan kaum sepatutnya menjadi kekuatan, bukannya halangan.



Kehidupan masyarakat Malaysia

Menurut pengarah filem tersebut, Shafieq Hashim, filem berkenaan adalah usaha untuk memperlihatkan realiti kehidupan masyarakat Malaysia yang penuh warna-warni.

Melalui 'Kita Kan Sama', filem pendek ini diharap dapat menyampaikan bahawa persahabatan dan kasih sayang adalah unsur yang paling penting dalam membina semangat perpaduan dalam membentuk negara yang bersatu padu.

Filem pendek ini juga bertujuan untuk mengajak semua rakyat Malaysia merenung kembali nilai-nilai yang telah menyatukan kita semua selama ini.

Dalam ucapannya, Said berharap, filem tersebut mampu menyentuh hati setiap penonton dan mengingatkan kita semua tentang betapa pentingnya menghargai perbezaan dan membina hubungan yang kukuh antara satu sama lain.

Tayangan perdana yang berlangsung di Choco Albab HQ itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Saudagaar Asia, Datuk Zafrul Rizal bin Mat dan barisan jemputan pengedar syarikat dan pihak media.