DUA tahun berkhidmat di Ireland, anak sulung Datuk Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Nabilah Tan Sri Megat Junid mengukir kejayaan selepas menerima anugerah perkhidmatan cemerlang daripada Mercy University Hospital, Cork, Ireland.
Pakar bius berusia 31 tahun itu menerima Gold Award in Anaesthesiology 2024 pada Julai lalu.
"Alhamdulillah Ya Rabb. Dua tahun berkhidmat di negara orang, Allah bagi rezeki dianugerahkan pingat dan Certificate of Excellence. Tergamam tak terkata. Sesungguhnya rezeki ALLAH tu luas dan mewah.
"Doakan semoga ALLAH permudahkan juga perjalanan menjadi Consultant Anaesthesiologist in the future insya-ALLAH. Aamiin,” kongsi Dr Julia.
Kejayaan manis puteri sulungnya pada Julai lalu itu turut dikongsikan Ziela menerusi hantaran di Instagram
Jauh merantau dari Malaysia dan bekerja di luar negara tidak mematahkan semangat doktor muda ini untuk memberikan yang terbaik.
"Masya-ALLAH Tabarakallah. Rezeki ALLAH datang dalam berbagai cara. Rezeki yang tidak ternilai buat anakku yang solehah.
"Ini hasilnya berkhidmat kerana ALLAH, penuh keikhlasan, bersungguh-sungguh, disiplin yang tinggi, Alhamdulillah.
"Berkhidmat di negara asing, diberi penghargaan walaupun dia abukan Irish. Yang membanggakan dan paling penting dia (Dr Julia) adalah Asian-Malaysian, wanita Muslim yang bertudung bekerja di negara orang dan dihargai.
Artikel berkaitan:
Wajah lembut persis ibu, Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Nabilah kini bertugas di Ireland, bahagia di samping suami, 2 anak
Anak gadis Tiara Jacquelina buat ramai terpegun, seiras arwah bapa
'Hadiah hari jadi mama.' Raja Azura syukur anak bongsu rangkul 4 anugerah, warisi bakat seni bonda
Tamat pengajian dengan cemerlang, anak Arni Nazira raih Anugerah Akademik, wajah seiras raih perhatian warganet
Dalam pada itu, Ziela turut menitipkan doa buat ibu kepada dua cahaya mata itu.
"Semoga ALLAH sentiasa melindungi dan meluaskan rezekinya dengan rezeki yang penuh barakah dunia serta akhiratnya.
"Aamiin Ya Rabb Ya Mujib Ya ALLAH. #My1stborn #Abahwillbeproudofyoukak #allofussoproudofyou," kongsi Ziela.
Sekadar makluman, Julia, 30, merupakan doktor perubatan yang memulakan pengajian di Royal College of Surgeons pada tahun 2012 dan menamatkan pengajian pada tahun 2017.
Permata sulung Ziela Jalil itu mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Dr Dziya Faqhran Datuk Mahmod Fauzi pada 11 Julai 2018 selepas mengikat tali pertunangan selama dua bulan.
Genap enam tahun mendirikan rumah tangga pada bulan lalu, pasangan itu diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata, Tun Alayna Zeeya, 5,dan Tun Ameena Zeeya, 2.
Dr Julia dan suami telah berangkat ke Ireland pada tahun 2022 dan kini bertugas di sana.
Kehilangan bapanya tersayang, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub tidak mematahkan semangat bakal pakar perunding bius itu untuk terus mencipta masa depan yang cemerlang.
Sekadar info, Julia merupakan puteri sulung daripada perkahwinan Ziela dengan Megat Junid pada tahun 1991.
Selain Dr Puteri Nabilah, Ziela dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Megat Jufri Nasrullah, 29, dan seorang anak angkat, Ibrahim Junid, 11.
Sumber: Instagram Ziela Jalil