Wajah lembut persis ibu, Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Nabilah kini bertugas di Ireland, bahagia di samping suami, 2 anak
MEMILIKI wajah lembut persis ibunya, Datuk Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Nabilah Tan Sri Megat Junid sering menjadi perhatian warganet.
Rupa paras jelita anak sulung kepada dua beradik itu salin tak tumpah dengan ibunya yang merupakan pelakon popular pada era 80-an dan 90-an.
Dr Julia, 30, yang merupakan doktor perubatan yang memulakan pengajian di Royal College of Surgeons pada tahun 2012 dan menamatkan pengajian pada tahun 2017.
Permata sulung Ziela Jalil itu mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Dr Dziya Faqhran Datuk Mahmod Fauzi pada 11 Julai 2018 selepas mengikat tali pertunangan selama dua bulan.
Genap lima tahun berumahtangga pada bulan lalu, pasangan itu diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata, Tun Alayna Zeeya yang kini berusia empat tahun dan Tun Ameena Zeeya, setahun.
Kehilangan bapanya tersayang akibat kanser pada usia remaja, Dr Julia tidak lupa menitipkan ingatan buat bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.
Baca juga: Ziela Jalil akui berkahwin kali kedua
"Bapa saya pulang kepada Maha Pencipta ketika saya baru berumur 15 tahun. Sejak itu, tidak pernah ada sesiapa yang boleh menggantikannya. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya dan diganjarkan dengan kedudukan tertinggi di jannah," titipnya.
"Bagaimanapun, saya mempunyai figura bapa dalam hidup dan saya mensyukurinya. Pertama, kepada mama. Mama telah menjadi ibu dan bapa membesarkan dan mendidik kami. Terima kasih kerana menjadi tonggak kekuatan.
"Kepada Walid, terima kasih kerana menjadi figura bapa yang hilang ketika saya muda dan telah menambahkan kebaikan dan kasih sayang kepada keluarga kami.
Baca juga: 'Kejayaan permulaan sebuah perjuangan.' Mustapha Kamal, Susan Manen rai konvoksyen anak kedua
"Kepada bapa mentua, terima kasih Daddy kerana menerima saya dalam keluarga dan menganggap diri ini seperti anak sendiri."
Dan terakhir kepada suami, Terima kasih kerana menjadi ayah yang terbaik untuk anak-anak kita. Being with them when I can't be there and showing them how a man should be,” titip Dr Julia di Instagram.
Baca juga: 'Bye Montreal.' 22 tahun menetap di Kanada, Azah Aziz kembali ke Malaysia
Lapor sebuah portal, Jun lalu, Dr Julia telah berangkat ke Ireland. Difahamkan beliau dan suami kini bertugas di sana.
Dr Julia merupakan puteri sulung daripada perkahwinan ibu bapanya yang dibina pada tahun 1991.
Beliau memiliki adik lelaki, Megat Jufri Nasrullah, 28, dan seorang adik angkat, Ibrahim Junid, 11.
Baca juga: Anak genggam sarjana sains pada usia 27 tahun, Rahmad Mega buat kejutan menyanyi di pentas
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang