PELAWAK dan penyampai radio, Rahim Sepahtu meraikan hari bahagia isterinya, Norazlin yang berjaya menamatkan pengajian.
Norazlin Abdullah, 43, atau mesra disapa Kolin berjaya menerima pengajian skrol dari Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional (FBMP), Management and Science University (MSU) Shah Alam.
Mengiringi suri hati pada majlis berkenaan, Rahim menitipkan ucapan tahniah buat Kolin yang mencapai cita-citanya.
Baca juga: Inspirasi! Tini 3R kini doktor falsafah, genggam PhD Komunikasi
Sementara itu, Kolin yang menerima ucapan daripada stesen radio Sinar FM.
Bangga dengan kejayaan diraih Kolin, warga maya berkongsi ucapan tahniah dan menjadikan ia sebagai inspirasi. Ujar mereka;
"High level betul dia, apabila suami kahwin dua, dia belajar lagi tinggi dan boleh berdikari untuk hidup," ujar khtogetherhome
"Terbaik isterinya, dimadukan pun chill sahaja. Majukan diri tanpa membenci sesiapa, ini baru betul reda," kongsi Nuuna Arisya
"Moga menjadi inspirasi kepada golongan wanita," ujar azm_125.
Baca juga: Suami isteri genggam PhD usia 26 tahun, berkahwin dan ada anak bukan penghalang
Baca juga: Gigih delivery 12 jam sehari, siapkan tesis, rider akhirnya bergelar doktor, raih PhD
"Serius tidak nampak macam mak-mak yang konvo. Tahniah Kak Kolin. Seronok tengok golongan ibu sambung belajar dan konvo," Waheeda Azihan.
"Tahniah my dear @kolin_abdullah for ur convocation. You deserve it," titip Saleha Idris.
"Tahniah Kolin, lepas ni sambung PhD pula. Terbaik buktikan kita sebagai wanita boleh berjaya," tulis Watie Azizi.
"Alhamdulillah, tahniah. Kolin nampak comel dan sebaya dengan yang graduan muda," kongsi Fitriyati Zakaria.
"Proud of you sis, pembakar semangat untuk saya sambung belajar," azml229.
Baca juga: 'This one is for you Tok Pok.' Anak Azhar Sulaiman, Andika Rees Pahamin genggam ijazah pada usia 21 tahun
Rahim atau nama sebenarnva Rahim Mat Ali, 49, mempunyai dua orang isteri iaitu Kolin dan Lily Khay berasal dari Simpang Renggam, Johor.
Tidak mudah melayari kehidupan bermadu dalam rumah tangga, Kolin pernah mendedahkan anak-anak dan pesanan ibunya sebagai sumber kekuatan.
Pelawak itu dikatakan berkahwin dengan isteri kedua pada tahun 2015 atas persetujuan isteri pertama dan mendedahkan perkara itu kepada umum setahun kemudian.
Kolin pernah mendedahkan dalam satu temu ramah, telah bertindak mengurung dirinya selama dua minggu di dalam bilik selepas suaminya memaklumkan bakal bernikah sekali lagi.
Wanita cekal itu hanya memerlukan masa dua minggu sahaja, kerana Rahim memainkan peranan sebagai suami dengan baik.
Hasil perkahwinan, Rahim dan Kolin dikurniakan empat cahaya mata iaitu Shafiariza Amira, Aidil Aiman, Airina Shazlein dan Harith Haikal.
Baca juga: Inspirasi! 64 tahun, nenek 10 cucu, Ku Meriam gigih ke kampus, penuhi impian genggam ijazah
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!