ANAK ketiga pelakon dan pengacara Norman Hakim dan bekas isteri, Abby Abadi, Maria Danisha Hakim, 17, terus mencipta kejayaan dengan mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun.
Pemilik nama Mohamed Nurhakim Zaidon itu berkongsi momen bermakna itu ketika menghadiri acara ihtifal di sekolah Maria Danisha.
"Kami amat berbesar hati untuk meraikan pencapaian akademik cemerlang awak dalam peperiksaan akhir tahun anda untuk Tingkatan Empat.
"Kerja keras, keazaman dan ketekunan benar-benar membuahkan hasil, dan kami sangat berbangga dengan kamu sayang," kongsi Norman.
Lebih membanggakan, si cantik manis itu juga menerima Anugerah Modal Insan dari pihak sekolah!
Artikel berkaitan:
- Norman Hakim sebak anak ketiga raih 8A, CGPA 3.96. 'Alhamdulillah pencapaian terbaik Baby Danisha'
- 'Setiap kali rindu adik, papa tengok video ni.' Luahan hati Norman Hakim sempena birthday Marissa Dania bikin sebak!
Tidak henti menitipkan kesyukuran, Norman dalam masa yang sama berharap anak perempuan keduanya itu memastikan momentum kecemerlangan diteruskan menjelang Sijil Pelajaran Malaysia tahun hadapan.
"Dengan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ALLAH, Papa, Mama, Mummy dan Abah berterima kasih kepada-NYA kerana mengurniakan kami dengan kejayaan yang indah ini.
"Tetap rendah hati, kekal fokus dan teruskan usaha untuk yang terbaik. Anda telah membanggakan kami semua. Alhamdulillah!" tulis Norman di Instagram.
Tahniah Maria Danisha daripada SinarPlus!
Sekadar info, selain Maria Danisha, Norman memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinannya dengan Abby Abadi iaitu Mohd Danish Hakim, 22, yang merupakan huffaz al-Quran dan Marissa Dania Hakim, 20.
Selepas berpisah pada tahun 2008, Norman berkahwin dengan Memey Suhaiza dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 11, Muhammad Dikhriz Hakim, 9, dan Mikayla Delisha Hakim, 6.