RINDU tiada berpenghujung buat arwah suami, balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali saban tahun tidak lupa menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran buat lelaki kesayangannya.
Meluahkan perasaan menerusi hantaran di Instagram, usahawan kosmetik yang memiliki sebuah kafe di Sungai Besar itu mengakui masih mencintai suaminya biarpun sudah lima tahun kembali ke rahmatullah.
"19 Januari 2025, selamat hari lahir suamiku tersayang. Genap umurmu 37 tahun.
"Walaupun kita terpisah jauh antara dua dunia, rasa cinta dan sayang kepada abang masih seperti dahulu.
Menjengah ke ruangan komen, warganet rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat Hidayah.
"Ya ALLAH sebak pula tengok video ini. Al-Fatihah buat Abam, moga Dayah dan Hamzah baik-baik sahaja."
"Al Fatihah buat arwah Abam, semoga tenang di negeri abadi."
"Bertuahnya Abam punya isteri seperti Hidayah, moga berbahagia selalu. Al-Fatihah untuk Syed Umar Mokhtar."
Artikel berkaitan:
- 'Awak pun berhak bahagia.' Kongsi gambar berlatarkan pelamin, Hidayah Abam bertunang? Warganet ucap tahniah, tumpang gembira
- Hidayah sebak terima hadiah potret keluarga, genap 3 tahun pemergian Abam Bocey
- "Inilah kereta ayah” - Imbas memori, Hidayah sayu kelibat kereta Abam
- Dulu tak mampu bayar, kini Hidayah berjaya miliki kereta idaman berkat jualan sabun, produk kosmetik
Untuk rekod, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan merupakan bekas peserta Bintang Mencari Bintang musim pertama terbitan TV3.
Abam yang merupakan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey meninggal dunia pada pada 10 Februari 2020 akibat demam panas ketika berusia 32 tahun.
Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia enam tahun.