DUNIA hiburan dan media sosial dikejutkan dengan berita penuh makna—Steven Wongso, pelakon dan pencipta kandungan terkenal, kini bergelar seorang Muslim.
Pada petang Ahad 23 Mac lalu, beliau melafazkan dua kalimah syahadah dalam sebuah majlis ringkas tetapi penuh makna. Momen tui bukan sekadar satu perubahan agama, tetapi juga perjalanan spiritual yang panjang dan mendalam. Ramadan mengubah segalanya
Menurut Ustaz Felix Siauw, pendakwah terkenal Indonesia yang membimbingnya melafazkan syahadah, Steven sudah lama menyatakan hasrat untuk mendalami Islam sejak tahun lalu.


Namun, kesibukan jadual membuatkan pertemuan mereka sering tertangguh.
"Asar di 23 Ramadan, alhamdulillah Steven mantap memutuskan untuk menjadi seorang muslim, bersyahadah di hadapan teman-teman dekatnya,” tulis Felix dalam satu hantaran di Instagram.
Steven, seperti ramai orang lain, mencari sesuatu yang lebih dari sekadar kejayaan dan populariti.
Kisah ini cukup relatable—betapa ramai orang yang kelihatan bahagia di luar, tetapi jauh di sudut hati masih mencari jawapan kepada kebahagiaan sebenar.
Hati dekat dengan Islam
Jejaka itu sudah tahu cara mengambil wuduk, bersolat, dan berpuasa. Ini membuktikan bahawa hidayah itu datang dalam pelbagai bentuk—kadang-kadang tanpa kita sedari, kita sudah berada di jalan itu.
Namun, atas restunya, Felix berkongsi berita baik tersebut kepada umum dengan harapan ia dapat memberi inspirasi kepada mereka yang masih ragu-ragu untuk mengambil langkah yang sama.
Kreativitinya membawanya ke dunia lakonan, apabila membintangi filem komedi muzikal Star Syndrom yang diterbitkan pada 2023.
Adakah beliau akan terus aktif di dunia hiburan? Atau adakah dirinya akan lebih banyak berkongsi tentang perjalanan spiritualnya?
Ia adalah tentang pencarian makna hidup, tentang keberanian untuk mengambil keputusan besar, dan tentang bagaimana agama boleh menjadi tempat berlindung bagi hati yang resah.
Semoga perjalanan baru Steven ini diberkati dan menjadi inspirasi buat ramai yang masih mencari cahaya dalam hidup mereka. Selamat datang ke keluarga besar, Steven!