BARU-baru ini sebuah kafe kecil di Indonesia menjadi tular kerana keunikannya mengupah barista sindrom Down.
Remaja istimewa itu tidak hanya menghidangkan kopi yang dibru segar, tetapi turut mengundang senyuman pelanggan menerusi layanan mesra daripada para pekerja istimewanya.
Menerusi video dari seorang pengguna TikTok, barista yang mengendalikan kafe dinamakan Kopi Kamu berinteraksi sambil menyajikan pesanan.
Hantaran pempengaruh Nadya Shavira yang juga ibu seorang anak sindrom Down menyentuh hati warganet.
"Semoga suatu hari nanti anak perempuan saya ketika pada posisi ini saya masih boleh menemaninya Saya sangat bangga," kongsi Nadya.


Artikel penuh:
- Rawan Dweik wanita sindrom down pertama berjaya hafal 30 juzuk al-Quran
- Peguam sindrom Down pertama di dunia, 10 info Ana Victoria Espino
- [VIDEO] Faizal Tahir syukur dikurniakan ‘anak syurga’, kongsi tentang Maryam Tahirah disahkan Sindrom Down
- Pasangan istimewa alami Cerebral Palsy selamat bergelar suami isteri raih perhatian ramai. ' Kami pun mahu rasa bahagia...'
Video berkenaan meraih hampir 6 juta tontonan. Warganet rata-rata memuji pengurusan kafe berkenaan yang mengambil tenaga kerja dalam kalangan penghidap sindrom Down.
"Respect owner Kopi Kamu,semoga diberikan rezeki yang melimpah."
"Pasti anak-anak ini yang bakal membawa owner cafe ke syurga."
"Murninya hati dan memang inspirasi. Inilah sebabnya saya ingin menjadi orang sukses, untuk membantu orang lain."
Menerusi satu temu ramah, pemiliknya kafe berkenaan, Mas Rocky J menjelaskan tidak semua kaki tangan kafe berkenaan sindrom Down.
"Kami cuba memberi peluang sebanyak mungkin kepada individu sindrom Down dan ingin mengajak rakan pengusaha lain untuk memberikan kesempatan insan-insan berkeperluan khusus tidak semestinya sindrom Down. Misalnya pekak atau bisu," katanya.
Dalam pada itu, Mas Rocky J juga turut mendedahkan setelah lebih setahun mengupah pekerja istimewa ini skil sosial mereka semakin baik.
Sumber: TikTok