'Impian saya seumur hidup.' Sofyank luah keterujaan, tak pernah bayang dapat bekerjasama dengan Tom Cruise

Iklan

PERSONALITI media sosial, Sofyank sekali lagi membanggakan nama Malaysia apabila berpeluang menjalinkan kerjasama bersama pelakon aksi Hollywood terkenal, Tom Cruise.

Bagaimanapun, Sofyank tidak berseorangan dan turut membawa rakannya, Shaffuan untuk kerjasama kali ini.

Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah, 28, menjalani penggambaran video kesan visual khas (VFX) bagi filem Mission Impossible.

Memuat naik video bertemu pelakon itu, Sofyank berkata bekerja sama dengan Cruise adalah impian beliau.

"Saya telah menonton filem anda sejak saya kecil, dan ia telah memberi inspirasi kepada ramai pembuat filem di seluruh dunia.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


"Kami rakyat Malaysia mengagumi kerja anda, aksi anda dan usaha yang anda lakukan dalam setiap filem. Dan berdiri di sebelah anda pada masa ini adalah impian seumur hidup yang menjadi kenyataan.

"Saya tidak pernah membayangkan akan mendapat peluang ini. Terima kasih kerana menjadi legenda dan menjadi lelaki yang baik kepada peminat anda di mana-mana. Ia benar-benar satu penghormatan untuk bertemu dengan anda semalam.

"Saya akan menghargai ini sebagai kenangan emas dalam hidup saya. Terima kasih, Tom!" titipnya di Instagram.

Artikel berkaitan:

Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah, 28, berkata, pada mulanya beliau berasa gementar untuk melakukan penggambaran, namun, disebabkan sikap Tom yang peramah dan tidak sombong membuatkan mereka berasa selesa.

"Alhamdulillah kami sudah selesai melakukan penggambaran dengan Tom Cruise tadi dan segalanya berjalan dengan sangat lancar.

"Tom merupakan seorang yang sangat baik dan peramah, sikapnya itu membuatkan kami tidak kekok dan berasa selesa,” katanya kepada portal hiburan tempatan.



Bercakap mengenai lokasi penggambaran pula, Sofyank berkata Tokyo, Jepun merupakan lokasi yang sangat cantik sehingga membuatkan mereka terpegun.

"Perasaan ketika berada di Jepun, mula-mula memang sangat gembira sebab kita dapat tengok budaya dan benda yang baharu.

"Kami buka sahaja kamera, memang cantik sangat suasana dekat sini,” ulasnya.

Dalam perkembangan lain, Sofyank juga memaklumkan mereka kini dalam proses menyiapkan suntingan dan tidak sabar untuk berkongsi hasilnya kepada rakyat Malaysia.

"Sekarang kami tengah fokus nak siapkan video supaya boleh ‘post’ cepat-cepat untuk orang ramai tengok,” ujarnya.

Terdahulu, kerjasama Sofyank dan Tom itu dipercayai berkaitan dengan promosi filem terbaharu lakonan pelakon itu iaitu Mission Impossible: The Final Reckoning yang akan ditayangkan di Malaysia bermula 17 Mei ini.

Selain Tom Cruise, Sofyank juga pernah berkerjasama dengan artis terkenal Hollywood lain seperti Paul Rudd, Will Smith dan Jonathan Majors dan nama besar seperti Zach King.