TOP Gun, filem aksi 1986 yang dibintangi aktor kacak, Tom Cruise. Kini dalam sekuel Top Gun: Maverick yang diterbitkan pada tahun 2022, pelakon itu tampil seolah tidak dimamah usia.

Tom Cruise adalah antara pelakon paling mahal di dunia yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Nama Tom Cruise sinonim dengan Top Gun memandangkan ia adalah filem aksi pertama dilakonkan aktor itu.

Pelakon itu cergas dan tangkas semasa membintangi Top Gun pada tahun 1986 ketika berusia 20-an. Kini dia berjaya membuktikan kehadirannya masih relevan di dalam Top Gun: Maverick 36 tahun kemudian.

Meniti usia 59 tahun, Cruise mengamalkan pemakanan sihat. Menurut portal Mens Health, bekas suami Katie Holmes itu pernah mendedahkan dia gemar melakukan aktiviti luar seperti berkayak, meneroka gua, lawan pedang, berlari, mengangkat beban dan mendaki.

Baca juga: Amber Heard bayar USD$15 juta kepada Johnny Depp, kahwin hanya 15 bulan

“Saya melakukan banyak aktiviti yang berbeza,” kata Cruise.

Menurut saintis sukan Universiti Middlesex, Anne Elliott, kepelbagaian aktiviti dilakukan Cruise membantunya tidak dimamah penuaan.

“Cara bergerak dan beraktiviti membantu kita kekal cergas. Misalnya lakukan aktiviti kardio, lawan pedang atau mendaki sepertinya.

“Ia boleh mengekalkan fleksibiliti dan keseimbangan iaitu dua perkara pertama yang melawan penuaan dan mengekalkan kecergasan,” katanya.

Baca juga: Ini 7 jenis buah, kekacang kekal awet muda, avocado paling ‘top’

Selain itu, Times Now News melaporkan aktor itu sangat menitikberatkan pemakanan.

Untuk kulit yang sihat, fizikal yang sentiasa hebat, Cruise mengamalkan empat tabiat pemakanan yang membantunya kekal cergas sejak dulu.

Iklan

1-Makan makanan panggang
Cruise mengamalkan pemakanan sihat dengan sajian yang dimasak secara dipanggang. Ini kerana cara memasak menggunakan suhu tinggi boleh meningkatkan risiko keradangan dan penuaan.

2-Makanan ringan yang sihat
Bintang itu memastikan bahawa dia bertenaga sepanjang hari. Justeru, Cruise mengambil snek yang baik seperti kacang organik, bluberi dan kurma yang diisi dengan mentega kacang dengan kelapa.

3-Tiada karbohidrat
Bintang itu juga jarang dilihat makan semangkuk pasta atau menikmati piza. Dia memang mengehadkan pengambilan karbohidrat. Difahamkan Cruise mengekalkan pengambilan 1,200 kalori sehari tanpa karbohidrat kerana percaya karbohidrat boleh mempercepat penuaan dengan meningkatkan tahap insulin.

Iklan

4-Tanpa gula
Gula tidak pernah dianggap sebagai pilihan diet yang sihat dan menjadi pantang terbesar bintang-bintang mahsyur Hollywood. Ia boleh mencetuskan keradangan, merosakkan kolagen dan dalam masa yang sama mengurangkan kepekaan terhadap insulin. Ini seterusnya meningkatkan risiko diabetes dan pertambahan berat badan.

Baca juga: Biar betul! Nenek 50 tahun bongkar rahsia kecantikan dan awet muda

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI