Anak sulung genap setahun, Da'i Syed titip ucapan manis. 'Apabila kamu lahir, kami jatuh cinta semula dengan lebih indah'

Iklan

PUTIH gebu, comelnya Sharifah Fatma Nour Jamalullail! Puteri sulung Da'i Syed ini rupanya sudah genap setahun.

Memuat naik foto terbaharu si kecil itu, pemilik nama penuh, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 30, menitipkan ucapan ulang tahun yang manis buat si kecil tercinta.

Iklan
Iklan

Menzahirkan kasih sayang menerusi tulisan indah, pendakwah selebriti itu menyifatkan Baby Nour sebagai menyatukan cinta. 

Iklan

"Selamat ulang tahun buat kekasih hati baba dan umi.

"Baba dan umi pernah jatuh cinta tetapi apabila lahir kamu, kami jatuh cinta semula namun kali ini lebih dalam dan indah.

Iklan

"Setahun yang lalu, kami sambut tangisan pertama kamu. 

"Hari ini, kami ketagih dengan setiap tawa kecilmu. Sharifah Fatma Nour cinta hati baba dan umi.

"Semoga menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada orang tuamu.

Artikel penuh:

Da'i Syed dan Hana Ismail, 39, bekahwin pada 3 Disember 2022 di Kuala Lumpur. 

Pasangan berkenaan baru-baru ini mengumumkan sedang menunggu kelahiran cahaya mata kedua namun tidak mendedahkan usia kandungan.