Memang legend! Siti Nurhaliza dalam buku teks sekolah Filipina, ikon Malaysia jadi rujukan negara jiran

Iklan

PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengukir pencapaian yang membanggakan. Kali ini, khabarnya Biduanita Negara  dimuatkan sebagai bahan di dalam buku teks negara jiran Filipina.

Menerusi sebuah video di laman sosial TikTok Siti, seorang warganet dipercayai dari Filipina meninggalkan komen mengatakan penyanyi berusia 46 tahun itu muncul dalam naskhah kurikulum persekolahan pada Gred 9.

Iklan
Iklan

"Adakah awak orangnya yang ada dalam buku teks Gred 9 di Filipina? 

Siti kemudiannya membalas komen itu dengan emoji hati berona merah.

Iklan

Artikel berkaitan: 

Dalam masa yang sama, seorang individu lain memuat naik imej muka surat buku berkenaan, yang secara tidak langsung membuktikan bahawa kejayaan Siti Nurhaliza sememangnya tercatat dalam buku teks pendidikan di Filipina.

Difahamkan, halaman buku teks itu berkongsi tajuk Siti Nurhaliza: Suara Emas dan Hati Asia yang mengisahkan perjalanan beliau daripada latar belakang  sederhana sehingga menjadi salah satu tokoh paling berpengaruh di Malaysia.

Menjenguk ke ruangan komen, kebanyakan netizen kelihatan teruja apabila mengetahui anak kelahiran Kuala Lipis itu tercatat dalam buku teks di sebuah negara asing.

Mereka tidak ketinggalan meluahkan rasa bangga, menganggap pengiktirafan itu sebagai penghormatan yang amat bermakna buat Siti Nurhaliza. Ujar mereka:

"Wah, this is our Biduanita Negara," titip Cahaya.

"Penyanyi kesayangan kami dalam buku teks subjek kamu (Filipina) betul ke.! Menyala," kongsi Kumang Menoa.

"She's our living legend," tulis Mengkabumi.

Sumber: TikTok