Kamal Adli usaha pertahan perkahwinan, peguam dedah ketidaksefahaman, masalah berpanjangan punca Uqasha mohon cerai

Iklan

PERGOLAKAN rumah tangga selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli mengejutkan dunia seni tanah air.

Sering muncul bahagia dalam hantaran di laman sosial, namun belum genap empat tahun berumah tangga, Uqasha bertindak memfailkan perceraian pada terhadap Kamal 1 Oktober lalu.

Iklan
Iklan

Memetik Kosmo, pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli masih mahu ikatannya dengan Uqasha.

Menurut peguam Kamal, Abdul Hadi Mohamad Salleh, pelakon itu telah berusaha sedaya mungkin untuk mempertahankan rumah tangganya daripada berakhir dengan perceraian.

Iklan

"Setakat perbincangan kami, Kamal memang nak pertahankan perkahwinan.

“Saya yakin pihak Kamal ada usaha yang dilakukan, cuma tak pasti bagaimana berlaku kerana itu peribadi mereka.

Iklan

“Apa yang saya tahu, dia memang ada usaha,” katanya memetik Kosmo! Online.

Dalam pada itu Abdul Hadi turut memaklumkan pelakon berusia 39 tahun itu dalam keadaan baik. Dalam dokumen rasmi yang dikemukakan, permohonan cerai yang difailkan antara yang dinyatakan ialah berlaku ketidaksefahaman dan masalah yang berlarutan dalam rumah tangga.

“Setakat hari ini, Kamal dalam keadaan okey. Dia maklum mengenai perceraian ini dan selepas itu dia lantik saya sebagai peguam.

“Apa yang ditulis dalam permohonan cerai adalah ketidaksefahaman dan ada masalah berpanjangan namun tak sebut sejak bila.

“Dalam alasan tidak ada menyebut mengenai sama ada tinggal sebumbung atau tidak, jadi saya tak boleh ulas apa-apa mengenainya,” katanya lagi.

Hari ini, Uqasha mengejutkan ramai apabila hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur untuk prosiding pertama kes perceraian.

Kamal bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah bagi prosiding tersebut kerana difahamkan sedang menjalani penggambaran.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan tarikh 28 Oktober bagi prosiding kedua.

Sekadar info, Kamal dan Uqasha berkahwin pada 5 November 2021 secara tertutup setelah lima bulan mengikat tali pertunangan.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira pada 27 April 2024.

Sumber: Kosmo