Fadzilah Kamsah tegur suami isteri jangan dedah aib rumah tangga, Dr Afifah balas santai tapi penuh hormat. 'Baik Tok Abah'

Iklan

SEJAK akhir-akhir ini, berita perceraian selebriti yang menjadi bualan hangat di media sosial.

Prihatin dengan situasi semasa yang semakin membimbangkan, pakar motivasi terkenal Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah tampil memberi nasihat buat pasangan suami isteri yang sedang berdepan ujian rumah tangga.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian di laman Threads, penceramah motivasi terkenal yang dikenali sebagai Tok Abah itu tampil menegur golongan berkenaan agar tidak mendedahkan masalah atau aib pasangan di media sosial, sebaliknya memilih jalan yang lebih berhemah demi menjaga maruah dan kehormatan diri.

"Nak, simpan elok-elok masalah rumah tanggamu.

Iklan

"Aib pasangan yang tersebar sebenarnya membuka juga aibmu.

"Hati-hati ya, nak," titip 

Iklan

Hantaran daripada figura berusia 74 tahun itu turut menerima reaksi daripada isteri penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, yang kini turut berdepan ujian perceraian.

"Baik, tok abah," titipnya.

Sekadar info, buat masa ini, Dr Afifah dan Nubhan sedang menghadapi kemelut rumahtangga apabila penyanyi itu juga didakwa melafazkan cerai buat kali kedua terhadap doktor gigi berkenaan pada Ogos lalu.

Difahankan, Nubhan pernah melafazkan talak pada tahun 2017, namun kembali rujuk dalam tempoh iddah. 

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 itu dikurniakan tiga cahaya.

Sumber: Threads