Dr Fadzilah Kamsah suap 9 orang adik undang sebak warganet. 'Kami berjuraian air mata'

TREND menyuap makanan kepada anak atau adik-beradik memang mengundang air mata. Kerap kali dilakukan oleh ibu, abang atau kakak yang paling tua, fenomena media sosial itu menyentuh hati.
Menerusi sebuah video tular, pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah menyuapkan makanan kepada sembilan adiknya mengundang air mata.
Menerusi TikTok Zakiah Kamsah, tular satu video menyentuh hati memaparkan pakar motivasi terkenal yang dikenali sebagai Tok Abah itu sebak menyuapkan pulut kuning.
Kesemuanya adik-adiknya yang terdiri daripada tiga lelaki dan enam perempuan tidak dapat menahan sebak untuk menitiskan air mata dan memeluk beliau.

BAPA PENYAYANG DALAM KETEGASAN
Terdahulu, salah seorang adiknya membacakan teks ucapan mengimbas kembali tentang keluarga mereka.
"Suapan kasih anak-anak Allahyarham Haji Kamsah dan Hajah Aishah.
"Syukur kepada-MU Ya ALLAH kerana melahirkan kami 12 beradik dalam keluarga Haji Kamsah dan Hajah Aishah. Dilahirkan dalam keluarga kurang berada tetapi kaya dengan kasih sayang.
"Biarpun bapak hanya seorang tukang kebun sekolah namun tidak gagal melunaskan yuran sekolah dan menyediakan keperluan asas untuk kami 12 beradik.
"Tidak pernah merotan tetapi kita takut, bapak juga seorang penyayang dalam ketegasannya," kongsinya.

Malah turut dimaklumkan bapa mereka memiliki sebuah buku catatan khas untuk mencatit kelahiran anak-anak.
Warga maya meluahkan rasa sebak dan tidak dapat menahan emosi. Rata-rata mengakui menitiskan air mata. Ujar mereka;
"Alhamdullilah syukur dapat adik beradik yang baik. Tahniah ibu dan ayah berjaya mendidik anak ini menjaga ikatan adik beradik."
"Sebenarnya suapan itu tanda rindu kepada ibu ayah dan adik-beradik yang sudah tiada kan?"
"Apabila berpelukan terus teringatkan penat lelah emak ayah yang melayan kita semasa kecil."
"Ya ALLAH, kami berjuaraian air mata."
Sekadar info, Dr Mohd Fadzilah merupakan anak kedua daripada 12 beradik dan dilahirkan di Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor.
Beliau ialah pakar motivasi dan komunikasi yang memiliki kelulusan Ijazah kedoktoran falsafah dalam bidang Organisational Communication dan Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan dari Universiti Wisconsin–Madison, Amerika Syarikat.
Terdahulu, beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Teknologi MARA dan Universiti Putra Malaysia sebelum menubuhkan sebuah syarikat yang menyediakan khidmat rundingan pembangunan motivasi dan keluarga.
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang