Hampir dua tahun tragedi Zayn Rayyan, Ismanira disahkan bersalah atas tuduhan pengabaian

Iklan
Foto: Bernama

HAMPIR dua tahun kematian kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mendapati ibunya,Ismanira Abdul Manaf, 30, bersalah atas tuduhan pengabaian ke atas kanak-kanak itu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Syahliza Warnoh membuat keputusan berkenaan  selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap ibu kepada dua cahaya mata itu di akhir kes pembelaan.

Iklan
Iklan

“Setelah meneliti hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes ini.

“Pada masa sama pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah. Oleh yang demikian tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan sebagaimana dalam pertuduhan kes ini,” katanya dipetik daripada Awani.

Iklan

Prosiding ketika ini masih berlangsung.

Iklan

Imbas kembali13 Jun tahun lalu, Ismanira dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pengabaian terhadap anak mereka di Mahkamah Sesyen yang sama.

Namun, pada 21 Julai, mahkamah memerintahkan Ismanira membela diri, manakala Zaim dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan pindaan, pasangan itu didakwa sebagai individu yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan dan telah mengabaikannya dengan cara yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal.

Artikel berkaitan:

Foto: Bernama

Kesalahan itu didakwa berlaku di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai hingga ke kawasan sungai berhampiran, antara jam 12 tengah hari pada 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam keesokan harinya.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: Awani