Imbas kembali kes Zayn Rayyan, kronologi menyentuh hati. Hilang lebih 24 jam, ditemui tak bernyawa rupanya mati dijerut, dub*r koyak

No Image Caption
A
A
A

KES anak autisme Zayn Rayyan menjadi sejarah hitam dalam lipatan sejarah negara. Ditemukan meninggal dunia di Damansara Damai, Selangor pada Disember 2023, satu persatu fakta kes menghiris perasaan warga maya. 

Pilu, sedih dan geram bercampur baur, kematian tragis kanak-kanak autistik itu menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.

Hari ini Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menjadi tumpuan ramai yang mana keputusan di akhir kes akan diputuskan.

Berikut merupakan kronologi peristiwa menyayat hati yang menimpa kanak-kanak malang berkenaan:

5 Disember 2023 - Zayn Rayyan dilaporkan hilang selepas bermain di taman permainan di rumahnya.

Keluarganya memuat naik status kehilangan Zayn Rayyan di media sosial sebelum melaporkan kehilangan itu kepada polis. Kanak-kanak itu dilapor dilihat kali terakhir memasuki belukar bersebelahan blok kediamannya.

6 Disember 2023 - Polis Daerah Petaling Jaya dan persatuan penduduk kediaman berkenaan melakukan operasi pencarian dari rumah ke rumah serta mengawal laluan keluar masuk di blok kediaman bermula 8 malam.

Jasad Zayn Rayyan ditemui di aliran anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya kira-kira pukul 10 malam. Polis berkata lokasi penemuan mayat itu merupakan kawasan pencarian yang sudah dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) hari sebelumnya.

7 Disember 2023 - Polis mengklasifikasikan kematian Zayn Rayyan sebagai kes bunuh selepas proses bedah siasat dilakukan di Hospital Sungai Buloh. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata hasil bedah siasat mendapati terdapat kecederaan di leher dan badan kanak-kanak itu.

8 Disember 2023 - Polis melakukan tapisan individu yang mempunyai jenayah lampau di sekitar daerah berkenaan. Polis sahkan tiada kesan kecederaan lama menjurus penderaan dikesan pada jasad kanak-kanak berkenaan.

10 Disember 2023 - Seramai 228 individu diambil ujian DNA bagi membantu siasatan yang melibatkan pemeriksaan 2,484 unit rumah dan premis perniagaan.

13 Disember 2023 - Polis menemui sehelai stokin dalam takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan dijumpai selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pengaliran dan Saliran Selangor menyedut keluar air di aliran anak sungai berkenan.

No Image Caption

14 Disember 2023 - Stoking yang dijumpai dalam air bertakung sekitar anak sungai berhampiran lokasi disahkan bukan kepunyaan Zayn Rayyan.

23 Disember 2023 - Polis meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dalam pencarian bukti kes Zayn Rayyan.

6 Februari 2024 - Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor Datuk Seri A. Thaiveegan menawarkan ganjaran RM20,000 kepada individu yang membantu penahanan suspek.

23 Februari 2024 - Dilaporkan tiada pihak yang tampil memberi maklumat berhubung kes Zayn Rayyan walaupun ganjaran RM20,000 ditawarkan kepada individu yang membantu penahanan suspek.

8 Mei 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain menegaskan pihaknya masih mengharapkan petunjuk baharu.

31 Mei 2024 - Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan di sekitar Puncak Alam oleh Polis Selangor bagi membantu siasatan polis.

1 Jun 2024 - Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan reman pasangan berusia 29 tahun itu selama tujuh hari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

7 Jun 2024 - Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan tempoh reman pasangan suami isteri berusia 29 tahun dilanjutkan selama enam hari lagi sehingga 13 Jun.

10 Jun 2024 - Polis membawa ibu Zayn Rayyan ke Apartment Idaman Damasara Damai untuk melakonkan semula situasi kejadian semasa kehilangan Zayn Rayyan sehingga kepada penemuan mayatnya.

12 Jun 2024 - Ibu Rayyan dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bagi mendapatkan pengakuan salah wanita itu berhubung siasatan kes. Polis kemudiannya menahan datuk dan nenek Zayn Rayyan bagi membantu siasatan pada pukul 2.30 petang.

13 Jun 2024 - Ibu dan bapa Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, Disember tahun lepas.

21 Januari 2025 - Ibu bapa Zayn Rayyan memohon Mahkamah Tinggi Shah Alam agar dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.

Zaim Ikhwan (kiri) dan Ismanira (dua dari kanan) tiba di mahkamah bagi keputusan kes abai Zayn Rayyan pada Isnin. (Foto: Ihsan Sinar Harian)
Zaim Ikhwan (kiri) dan Ismanira (dua dari kanan) tiba di mahkamah bagi keputusan kes abai Zayn Rayyan pada Isnin. (Foto: Ihsan Sinar Harian)

3 Februari 2025 - Perbicaraan kes ibu bapa Zayn Rayyan bermula di Mahkamah Sesyen.

24 April 2025 - Pihak pendakwaan menutup kes selepas memanggil 28 saksi pendakwaan sepanjang 20 hari perbicaraan.

7 Jun 2024 - Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan tempoh reman pasangan suami isteri berusia 29 tahun dilanjutkan selama enam hari lagi sehingga 13 Jun. 

10 Jun 2024 - Polis membawa ibu Zayn Rayyan ke Apartment Idaman Damasara Damai untuk melakonkan semula situasi kejadian semasa kehilangan Zayn Rayyan sehingga kepada penemuan mayat kanak-kanak itu.

12 Jun 2024 - Ibu Rayyan dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bagi mendapatkan pengakuan salah wanita itu berhubung siasatan kes. Polis turut menahan datuk dan nenek Zayn Rayyan bagi membantu siasatan.

13 Jun 2024 - Ibu dan bapa Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.

21 Januari 2025 - Ibu bapa Zayn Rayyan memohon Mahkamah Tinggi Shah Alam agar dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.

3 Februari 2025 - Perbicaraan kes ibu bapa Zayn Rayyan bermula di Mahkamah Sesyen.

8 April 2025 - Pakar forensik mendedahkan Zayn Rayyan mati dijerut, dubur koyak bukan lemas. Lelangit lebam dan mulut dimasukkan benda asing secara paksa.

Turut ditemukan perbualan antara ibu dan bapa kanak-kanak itu yang berbunyi  'stress gilalah dengan Zayn ni' dan 'macam nak bunuh diri je sekarang.'

24 April 2025 - Pihak pendakwaan menutup kes selepas memanggil 28 saksi pendakwaan sepanjang 20 hari perbicaraan.

13 Jun 2025 - Zaim Ikhwan dan Ismanira mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan. Mengikut pertuduhan pindaan, pasangan tersebut didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak itu kerana telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

HARI INI PENENTU ZAIM IKHWAN DAN ISMANIRA

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hari ini menjadi penentu nasib Zaim Ikhwan dan isterinya, Ismanira.

Mereka turut diiringi oleh bapa kepada Mohd Reba, 56, serta adik kepada Ismanira.

Walau apapun keputusan, semoga  ia berada di pihak yang benar dan kematian anak syurga itu terbela.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang