Ibu Adam Corrie Lee meninggal dunia pada usia 84 tahun

Iklan

PELAKON dan koreografer aksi Adam Corrie Lee Abdullah, baru sahaja kehilangan ibu tersayang.

Memaklumkan berita duka menerusi hantaran di Facebook, aktor berusia 56 tahun itu memuat foto bersama mendiang yang meninggal dunia pada usia 84 tahun.

Iklan
Iklan

"Dengan hati yang berat, saya Adam Corrie memaklumkan bahawa ibu tercinta saya telah pergi buat selama-lamanya," titipnya. 

Dalam pada itu, beliau memaklumkan semua urusan terpaksa dihentikan atau ditangguh untuk menumpukan kepada urusan ibunya.

Iklan

Artikel berkaitan:

'Saya ada 8 orang anak, 7 ALLAH simpan. Seorang ni teman kami di dunia.' Mendalam perkongsian isteri Adam Corrie!

Iklan

"Buat sementara waktu, saya terpaksa menangguhkan semua urusan bagi memberi ruang sepenuhnya kepada pengurusan pemergian mendiang ibu saya.

"Saya memohon ampun dan maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Terima kasih atas doa dan sokongan semua," kongsinya.

Terdahulu, Adam Corrie memaklumkan beberapa tahun kebelakangan ini, ibunya semakin uzur.

Beliau memiliki 10 orang adik beradik termasuk seorang lagi yang juga bergelar saudara baharu.