'Selagi ada benang di tubuh, tetap usaha tutup aurat.' Farah Lee seru pakai T-shirt putih sebagai tudung tanda solidariti
DALAM gelombang solidariti buat rakyat Palestin, aktivis dan pempengaruh Farah Lee tampil menggerakkan suara solidariti buat sukarelawan wanita Malaysia dan wanita-wanita di P4lestin yang terus berjuang dalam penindasan.
Menerusi Instagram, aktivis itu mengajak orang ramai hadir ke KLIA malam ini berbaju putih, sebagai simbol hijab sebagai satu lambang sokongan terhadap wanita di P4Lestin.
"Panggilan solidariti! Bersama Farah Lee dan delegasi Malaysia. IOF sangka mereka sudah menjatuhkan maruah wanita Muslim, tetapi mereka lupa, selagi ada sehelai benang pada tubuh, wanita Muslim akan tetap berusaha menutup auratnya dengan penuh harga diri," kongsinya.
Farah Lee menegaskan, tindakan penjajah haram menindas, zalim atau menekan sama sekali tidak melunturkan semangat perjuangan kaum wanita buat P4lestin.
"Tindakan mereka tidak akan mematahkan semangat, sebaliknya menjadi modal untuk kita bersolidariti!
"Mari kita sama-sama penuhi KLIA dengan berpakaian T-shirt putih sebagai simbol hijab, tanda sokongan dan kasih terhadap delegasi wanita Malaysia serta wanita-wanita di P4lestin yang terus berjuang dalam penindasan," kongsinya.

Dijangkakan, kesemua 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) tiba di tanah air malam ini.
Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby, memaklumkan mereka akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 9.45 malam.
Kesemua aktivis berkenaan terdahulu terlibat menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) diculik tentera rejim selepas kapal mereka dipintas ketika berada di perairan Zon Merah di Laut Mediterranean.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
