TAHNIAH diucapkan buat selebriti Raja Azura dan anak bongsunya, Puteri Mia Maizura yang menamatkan pengajiannya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan cemerlang.
Hadir menyaksikan penyampaian skrol diploma dan Anugerah Naib Canselor (ANC) pada istiadat Konvokesyen UiTM ke-105 buat cahaya matanya, Raja Azura atau nama penuhnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin meluahkan rasa bangga selain menghargai pengorbanan dua anak lelakinya yang turut menyokong perjalanan adik mereka.
"Tahniah baby menerima Anugerah Naib Canselor. Mama so proud of you baby semoga terus melangkah ke kejayaan dan kekayaan (nak nombor akaun mama tak?)
Artikel berkaitan:
- 'Hadiah hari jadi mama.' Raja Azura syukur anak bongsu rangkul 4 anugerah, warisi bakat seni bonda
- 'Copy paste maknya, muka kak Engku masa muda.' Wajah anak perempuan seiras Raja Azura jadi perhatian ramai
- 15 tahun senyap, Raja Azura akhirnya bersuara – Harap bekas suami munculkan diri, tuntut nafkah anak demi masa depan
- 'Mama bangga, terima kasih Hakim' – Anak kedua tamat pengajian, tangisan Raja Azura undang sebak
Menerusi hantaran di media sosial, pengacara Kilauan Emas Selebriti itu dan memberi semangat untuk anaknya meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi.
"Paling penting pari-pari syurga ku yang memberi doa dari syurga. Nanti kita test lagi doa ibu.
"Tahniah Baby, untuk ijazah kita cuba yang terbaik lagi. Jalan terus, doa mama mengiringi.," titipnya.
Sekadar info, selempang pink atau merah jambu ialah selendang kebesaran yang dipakai oleh graduan UiTM semasa majlis konvokesyen sebagai simbol kecemerlangan akademik tertinggi dan menamatkan pengajjian dengan keputusan kelas pertama.
Selain Puteri Mia Maizura, Raja Azura turut memiliki dua anak lelaki iaitu Megat Muhammad Raziq, 22, dan Megat Luqman Hakim, 23.
Raja Azura terdahulu berkahwin dengan Adzmin Osman iaitu namun berpisah pada 2010.
Sumber: TikTok