Akaun Twitter PM India digodam

Iklan
Akaun Twitter PM India digodam

PADA Julai lalu, puluhan individu berprofil tinggi termasuk bekas Presiden Amerika Syarikat(AS), Barack Obama, Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates dan pakar teknologi, Elon Musk telah menjadi mangsa godam besar-besaran oleh golongan penipu dalam penghantaran bitcoin.

Hari ini, akaun Twitter Perdana Menteri India, Narendra Modi, pula digodam.

Iklan
Iklan

Ciapan di akaun Twitter Perdana Menteri itu bertulis meminta sumbangan amal menggunakan mata wang kripto, namun sudah dipadam.

Menurut laporan AFP, jurucakap Twitter telah mengesahkan perkara itu.

Iklan

Firma teknologi itu berkata, pihaknya tidak menyedari jika ada akaun lain yang turut terkesan daripada aktiviti berkenaan.

Iklan

Artikel berkaitan: [VIDEO] hati-hati ketika berkhemah! Ular sepanjang 1.2 meter masuk ke dalam mulut seorang gadis