Anak 8 tahun dipukul akibat tak faham Matematik namun menangis ketika ibunya ditahan polis

Iklan
Anak 8 tahun dipukul akibat tak faham Matematik namun menangis ketika ibunya ditahan polis

TIDAK dinafikan mata pelajaran Matematik memang satu subjek yang sukar.

Kita sebagai ibu bapa pula perlu membantu dan menyokong anak untuk menguasai subjek itu.

Iklan
Iklan

Jika anak terlalu lemah dalam Matematik, ianya memang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mengajar mereka.

Lain pula yang terjadi di Indonesia, seorang budak berumur lapan tahun dipukul ibunya akibat tidak faham Matematik yang diajar.

Iklan

Menurut laporan KOMPAS.com, sejak dua hari lalu tular di media sosial sebuah video yang melihatkan seorang wanita memukul budak dengan penuh emosi.

Menurutnya, wanita di dalam video itu adalah MA, warga Desa Talok, Turen, Malang, Indonesia. Dan budak itu adalah anaknya.

Iklan

Kejadian itu dirakam ketika MA sedangan mengajar anaknya Matematik.

Sementara itu, AKP Polis Kasatreskrim Malang, Tiksanarto Andaru Rahutomo menjelaskan bahawa beberapa orang yang berkaitan dengan kes ini telah disiasat.

Katanya, siasatan ke atas ibu, ayah dan jiran melihatkan kes ini, ibu dan anak saling berkasih sayang.

Artikel berkaitan: (VIDEO) Gesek biola sambil kendong anak kecil, bakatnya dihargai