60 kali pembedahan plastik kejar wajah baby doll

Iklan
60 kali pembedahan plastik kejar wajah baby doll

KECANTIKAN biasanya dikaitkan dengan wanita. Wanita sanggup melakukan apa sahaja walaupun cecah ribuan ringgit asalkan kelihatan cantik.

Begitu juga yang terjadi di Beijing, China, Seorang gadis yang juga personaliti sosial media sanggup melakukan 60 kali pembedahan plastik untuk mendapatkan wajah seperti baby doll.

Iklan
Iklan

Nana yang kini berusia 15 tahun mengakui telah menghabiskan kira-kira 1 juta Yuan (RM607,734) untuk segala kos pembedahan.

Iklan

Nana turut berkongsi pengalaman pembedahan plastik itu di media sosialnya.

Artikel berkaitan: Teman sekelas positif Covid-19, Puteri Mahkota Sepanyol dikuarantin

Iklan

Menerusi perkongsian tersebut, Nana menyatakan sudah menjalani enam prosedur pembedahan plastik di bahagian kelopak mata, lima kali pada sudut mata luar, tiga kali sedut lemak dan pembedahan pengurangan tulang di seluruh wajah.

Jelasnya, dia lakukan pembedahan ini bukan semata-mata untuk cantik malahan ia sebagai terapi diri dan mampu meningkatkan keyakinan dirinya.

Selain itu, gadis itu turut mengakui tidak pergi ke sekolah dalam tempoh yang lama kerana masalah kesihatan akibat kesan pembedahan plastik.

Dia juga turut mengisi masa lapang dengan menghadiri uji bakat pencarian dan sering upload video nyanyian dan tariannya menerusi akaun media sosial.