Ikan lumba-lumba luar biasa, Pinky lahirkan anak pink yang cantik

Iklan
Ikan lumba-lumba luar biasa, Pinky lahirkan anak pink yang cantik

IKAN lumba-lumba adalah salah satu spesies yang penuh dengan karisma.

Semua orang suka ikan lumba-lumba. Tetapi apabila mereka berwarna merah jambu, itu adalah luar biasa.

Iklan
Iklan

Kini, ada laporan bahawa Pinky telah melahirkan anak merah jambu yang cantik.

Iklan

Artikel berkaitan: 60 kali pembedahan plastik kejar wajah baby doll

Menurut laporan Did You Know, pakar mengatakan bahawa mutasi genetik yang jarang berlaku menyebabkan warna merah jambu Pinky yang unik.

Iklan

"Tidak banyak ikan lumba-lumba yang mengalami mutasi ini. Tetapi, sekarang keturunan Pinky jelas berwarna merah jambu juga, ada harapan untuk lebih banyak mutan hebat ini," ujarnya.

Seorang wanita bernama Bridget Boudreaux, mendakwa, pada tahun 2017, dia melihat dua lumba-lumba merah jambu berenang di saluran. Tetapi, sayangnya, dia tidak sempat merakam foto.

Kemudian, tahun lalu, sebuah video disiarkan ke laman Facebook Pinky The Dolphin yang

menunjukkan dengan jelas ibu dan anak Pinky melompat keluar dari air di hadapan kapal.

Penampilan duo merah jambu itu adalah berita baik bagi pelancong dan penduduk tempatan

yang suka melihat Pinky ketika dia menampilkan diri di permukaan air.