TikTok ragut nyawa, hati-hati nak rakam apa pun

Iklan
TikTok ragut nyawa, hati-hati nak rakam apa pun

SEDIH! Itulah yang boleh digambarkan. Kegembiraan tiga rakan berkelah akhirnya bertukar tragedi meragut nyawa ketiga-tiganya.

Segalanya penangan TikTok, dilaporkan, tiga remaja lelaki tersebut lemas ketika membuat rakaman video di sebuah kolam di Karachi, Ahad lalu.

Iklan
Iklan

Kejadian berlaku di kawasan kejiranan Raees Goth.

Mangsa dikenal pasti sebagai Shazad,23, Sajjad, 25 dan Zabeer,18.

Iklan

Menerusi laporan media Pakistan, sejurus kemudian pasukan penyelamat tiba dan menemui ketiga-tiganya mereka lemas dan dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

Iklan

Artikel berkaitan: Mengerikan, ratusan jarum ditemui dalam badan, seorang penuntut pergigian kongsi penemuan mengejutkan

Katanya, ia bukan tragedi pertama membabitkan TikTok di negara itu.

Sebelum ini pernah terjadi pada 17 September lalu, seorang remaja ditahan pihak berkuasa selepas dilanggar kereta api ketika merakam video menggunakan TikTok di Abbottabad.

Justeru, pengguna TikTok, rakam video biar berpada sayangi diri anda. Hati-hati dalam segala keadaan.