SEORANG wanita dilaporkan melakukan aktiviti yang tidak bertanggungjawab iaitu menjual semula kondom terpakai.
Menerusi laporan Vietnam News, polis menyerbu kilang tersebut setelah mendapat maklumat daripada penduduk tempatan.
Kondom yang telah diguna pakai itu direbus dalam air, dikeringkan, dan dibentuk kembali pada lingga kayu serta dibungkus semula.
Artikel berkaitan: TikTok ragut nyawa, hati-hati nak rakam apa pun
Media tempatan negara itu turut melaporkan pemilik kilang itu, Pham Thi Thanh Ngoc, 34, mengakui menerima kondom terpakai setiap bulan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali.
Polis membongkar kilang tersebut dan menemui kondom terpakai seberat kira-kira 360kg yang akan dikitar semula dan dijual.
Polis juga sedang memburu individu lain yang terlibat dalam kegiatan berkenaan.
Dalam pada itu, pegawai kesihatan memaklumkan, penggunaan kondom terpakai boleh memberi risiko kesihatan kepada pengguna.