PELAKON wanita Jepun, Yuko Takeuchi, 40, ditemui mati di kediamannya di Tokyo pada awal pagi Ahad.
Memetik laporan portal tempatan, sumber rapat memberitahu, ahli keluarga menemui wanita itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Takeuchi kemudian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan sudah meninggal dunia.
Jabatan Polis Metropolitan Tokyo telah melancarkan siasatan bagi mencari punca sebenar kejadian.
Iklan
Semasa hayatnya, Takeuchi menerima beberapa penghargaan filem di Jepun termasuk Anugerah Akademi Jepun untuk pelakon terbaik sebagai peranan utama selama tiga tahun berturut-turut dari tahun 2004.
Artikel berkaitan: Meninggal dunia dalam tandas pesawat
Iklan