Sehelai seluar dalam wanita berharga RM32,121.81 jadi rebutan

Iklan
Sehelai seluar dalam wanita berharga RM32,121.81 jadi rebutan

SIAPA sangka seluar dalam wanita dijual dengan harga yang begitu tinggi.

Seluar dalam wanita itu begitu bernilai kerana ia simbol perjuangan.

Iklan
Iklan

Simbol itu merupakan tanda yang dibuat oleh pemiliknya, yang bukan sembarangan orang, Eva Braun.

Dia adalah isteri pemimpin Parti Nazi Jerman, Adolf Hitler.

Iklan

Menerusi laporan Tribunnews memetik Mirror, pakaian dalam itu dijual dengan harga 6.000 pound (sekitar RM32.121.81).

Iklan

Seluar dalam wanita bewarna ungu tertulis perkataan Braun di bahagian depan itu ditemui oleh seorang tentera Amerika di sebuah bunker terbengkalai di sebelah rumah Berghof Hitler di Pegunungan Alpen Bavaria.

Artikel berkaitan: Sakan mencarut sesama sendiri, lima ekor burung kakak tua terpaksa dikuarantinkan

Setelah Perang Dunia II berakhir, askar itu membawanya ke AS dan bertukar tangan dua kali sebelum jatuh ke tangan pengumpul Britain.

Menurut seorang penjual lelong, Sophie Jones mengatakan semua barang itu dimiliki oleh pemungut Britain selama bertahun-tahun.

Seluar dalam, yang dihiasi dengan renda dan pita putih, dipercayai dibuat pada tahun 1940-an.