MASYARAKAT di daerah Taiyuan, ibu kota Provinsi Shanxi, China dikejutkan dengan satu insiden.
Lebih daripada 70 mahasiswa di sebuah universiti di kawasan tersebut mengalami cirit-birit dan muntah- muntah.
Insiden kejadian dilaporkan terjadi sejak Rabu lalu.
Mereka melakukan ujian Norovirus pada Rabu dan Sabtu lalu.
Artikel berkaitan: Wanita ‘mengamuk’ di pasar raya, jumpa tunang ajak kahwin
Menurut sumber universiti tersebut, hasil pemeriksaan ujian iyu menunjukkan 11 pelajar positif Norovirus.
Sehingga semalam, sebanyak 22 pelajar yang mengalami cirit-birit dan muntah masih dirawat di hospital.
Pendidikan kesihatan diperkukuhkan dan pemantauan gejala dilakukan untuk semua staf dan pelajarnya.
Pihak berkuasa kawalan dan pencegahan tempatan sedang menyiasat sumber jangkitan.