SEBUAH keluarga di Jixi, China, meninggal dunia selepas makan sejenis mi tempatan yang terkenal.
Mi tersebut dikatakan sudah tercemar dengan Bongkrek Acid kerana sudah lama disimpan.
Tujuh mangsa meninggal dunia terlebih dahulu, iaitu lima hari selepas memakan mi tersebut, diikuti dua ahli keluarga yang lain.
Artikel berkaitan: Covid-19: Dulu tarik bagasi, kini tolak tong gas
Sementara itu, Pengarah Keselamatan Makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Heilongjiang, Gao Fei, berkata Bongkrek Acid boleh menyebabkan seseorang itu maut.
Katanya, kematian boleh berlaku dalam tempoh 24 jam dan mangsa akan mengalami beberapa simptom seperti sakit perut, berpeluh dan seterusnya koma.
Tambahnya lagi, Bongkrek Acid ini juga boleh memberi kesan yang serius terhadap organ manusia seperti hati, ginjal, jantung dan otak.