BARU-BARU ini tular sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang wanita membuang dua anak ke sungai.
Bagaimanapun, menurut sumber keselamatan, polis Baghdad telah menahan ibu kepada anak lelaki dan perempuan masing-masing berusia tiga dan dua tahun itu.
Katanya, siasatan awal mendapati wanita itu bertindak sedemikian sebagai balas dendam terhadap bekas suami yang menceraikannya.
Semua ahli keluarga berada dalam keadaan terkejut berikutan kejadian itu dan masih dalam berusaha mencari mayat dua beradik tersebut.
Artikel berkaitan: 9 beranak maut selepas makan mi lama dalam peti
Datuk kepada mangsa, Abu Tahsin Deraji berkata, tindakan wanita itu mengakhiri nyawa anak-anaknya adalah kerana tidak boleh menerima hakikat suaminya meminta cerai pada bulan lalu.
Insiden menyayat hati itu dilaporkan berlaku di Jambatan Al Aimmah yang menghubungkan kawasan Adhamiya, wilayah Sunni dengan wilayah Syiah Kadhimiya di Baghdad.
Video tersebut mengundang reaksi terkejut dan sebak warganet terhadap ibu yang tidak mempunyai rasa belas kasihan itu.